Selasa, 5 Julai 2011

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Nak tau tak?....: Tukang Jahit Wanita <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 03 Jul 2011 02:50 PM PDT

Dalam masa tidak kurang daripada 2 bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya. Ok hari raya, puasa ada yang dah berganti ke?

Untuk wanita sekitar kawasan Parit Buntar, Perak yang ingin menempah pakaian untuk hari raya, saya boleh cadangkan tukang jahit wanita di Parit Buntar.

Pertama adalah seorang tukang jahit wanita melayu yang telah saya kenali sejak 8 tahun dulu. Kedai tukang jahit ini terletak di Stesen Bas Parit Buntar, Perak bersebelahan kedai tukang kasut. Pengalaman saya menjadi pelanggan wanita ini adalah bila saya mengupah pakaian untuk nikah pada 8 tahun dulu. Dengan jahitan dan sulaman yang kemas, pakaian tersebut masih boleh digunakan oleh adik saya untuk dinner kolej dia 2 bulan lepas. Harga tidak terlalu mahal.

Kedua adalah seorang tukang jahit wanita Cina yang berlokasi di Pekan Lama, Parit Buntar iaitu Tukang Jahit CP. Saya pernah mengupah untuk menjahit pakaian seragam . Jahitan adalah kemas dan cantik. Harganya juga berpatutan.

Ketiga adalah tukang jahit nyonya terletak di Bandar Baharu, Kedah...tak jauh daripada Pekan Lama Parit Buntar. Terletak bersama deretan TNB dan kedai Pajak Gadai.

Semoga dapat memberi ilham untuk kaum wanita mencari tempat untuk menempah baju.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan