Selasa, 5 Julai 2011

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


misbahul munir: PAS Perak lawat mangsa banjir <b>di Bagan Serai</b>

Posted: 23 Mar 2011 10:05 AM PDT





Pesuruhjaya PAS Perak, Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Husein bersama Setiausaha Perhubungan telah melawat mangsa banjir di tiga buah pusat perpindahan di Bagan Serai. Rombongan PAS Perak disambut oleh YDP PAS Kawasan Bagan Serai yang juga Adun Gunung Semanggol dan Adun Selinsing serta beberapa AJK PAS Kawasan. Kami diberi taklimat oleh Bilik Gerakan Banjir PAS Kubu Gajah. Menurut mereka seramai 301 dari 86 buah keluarga dipindahkan ke Pusat Perpindahan banjir.

PAS Perak turut menghulurkan sumbangan derma kepada mangsa banjir melalui PAS Kawasan Bagan Serai. Dalam lawatan ke pusat-pusat Perpindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, rombongan PAS Perak dan Kawasan Bagan Serai disambut mesra oleh JKKK Kampung dan mangsa-mangsa banjir. Sumbangan berupa sedikit makanan turut disampaikan kepada mangsa banjir di pusat-pusat tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan