Khamis, 11 Ogos 2011

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


SOS EO detaining Navinkumar beaten up by 10 policeman black eye <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 08:45 PM PDT

Picture3

KUMAR HASHIMAH & CO

Re: 1. SOS: Tahanan EO dibelasah di Balai Polis Bukit Jalil oleh 10 anggota polis.

2. Permohonan pembatalan perintah tahanan EO anakguam kami sebagaimana EO 6 dari parti PSM.

3. Pengutip Sampah Navinkumar a/l Kanakiah ditahan di bawah Emergency Ordinance atas tuduhan palsu "lorry hijacking", didera dan dipukul 3 bulan dan 14 hari .

4. Polis dipercayai bersekongkol dengan penjenayah "lorry hijacking" yang sebenar dan menganiayai dan menjadikan anakguam kami sebagai mangsa.

Kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan diarahkan seperi berikut:-

Pendahuluan

Kami bertindak di atas arahan Puan. Satakumari a/p Visvanathan (No Kp:85106-01-5480) yang beralamat di No 25, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama 31400 Picture2 Ipoh, Perak, iaitu isteri kepada Navinkumar a/l Kanakiah (No Kp 800828-08-5565) (selepas ini dirujuk sebagai Navinkumar) yang sudahpun ditahan selama 3 bulan dan 14 hari dari 28/5/2011 sehingga ke tarikh disini dan selama 1 bulan dan 18 hari di bawah Emergency Ordinance 1969 bermula dari tarikh 24/6/2011. Sebelum itu Navinkumar telah ditangkap dan ditahan selama 26 hari di 5 balai polis yang berlainan. Iaitu di balai polis Ipoh, balai polis Nibong Tebal, balai polis Damansara Damai, balai polis Kuala Kubu Baru dan IPD Gombak.

Anakguam kami adalah seorang pelajar cemerlang yang mendapat 13A1's dalam peperiksaan SPM dan telah menghabiskan tahun kedua di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Tetapi akibata nasib malangnya beliau terpaksa berhenti pengajiannya oleh kerana terutamanya dinafikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan telah menjadi seorang pengutip sampah bersama suami beliau Navinkumar dalam keadaan terdesak.

Daripada temu-bual kami dengan anakguam kami, pertimbangan kami adalah bahawa Navinkumar adalah seorang yang tidak cerdik dan mudah diperdayakan.

A) Latar belakang pekerjaan Navinkumar a/l Kanakiah:-

a) Anakguam kami dan suaminya bekerja sendiri sebagai pengutip sampah iaitu mengutip tin-tin minuman, botol air mineral, suratkhabar, kertas dan sebagainya secara kecil-kecilan dari tong-tong sampah di sekitar kawasan Ipoh, Perak dan beroperasi dari rumah mereka.

b) Setiap hari pada jam lebih kurang 9.00 malam anakguam kami dan suaminya akan mula bekerja bermula daripada kedai-kedai makanan di sekitar kawasan Bercham, Perpaduan, Tanjong dan Bandar Ipoh di negeri Perak.

c) Barangan yang dikutip ini akan dijual pada harga lebih kurang RM 3.80. sekilo.

d) Memandangkan pendapatan melalui perniagaan kecil ini tidak dapat menampung keluarga beliau, Navinkumar telah selama tiga (3) tahun ini bekerja secara sambilan dengan seorang lelaki India yang bernama Ramu yang mempunyai sebuah kedai besi buruk di Ipoh.

e) Antara lain, Navinkumar diarah untuk menghantar emak Ramu ke hospital dan untuk melawat adik Ramu di Penjara Taiping.

f) Kadangkala Navinkumar juga diminta untuk menghantar lori kepada pelanggan dan dibayar diantara RM 30.00 hingga RM40.00 sebagai upah bekerja pada hari bekerja tersebut.

g) Pada hari-hari yang lain Navinkumar bekerja sepenuh masa sebagai seorang pengutip sampah dan perkara ini memang diketahui oleh pihak poli tempatan di Bercham Ipoh, Perak.

B) Kronologi penahanan Navinkumar a/l Kanakiah:-

a) Pada atau lebih kurang pada 2/1/2011 Navinkumar telah diberitahu oleh pekerja-pekerja Ramu bahawa seramai lima (5) orang pekerja Ramu telah ditahan oleh pihak polis di atas kegiatan "lorry hijacking".

b) Anakguam kami diberitahu yang semasa disoal siasat kelima-lima orang ini telah mengimplikasi Ramu dalam aktiviti 'lorry hijacking' tersebut.

c) Kami telah diarahkan yang Ramu ini adalah dipercayai dalang utama sindiket "lorry hijacking" di negeri Perak.

 Picture1 d) Kami juga diarahkan yang pihak polis Ipoh mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah Ramu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak polis "vis a vis" dalam kegiatan "lorry hijacking" tersebut.

e) Memandangkan yang nama Ramu telah diimplikasi oleh kelima-lima orang yang ditahan tersebut pihak polis telah pada awalnya menahan Ramu.

f) Semasa dalam tahanan polis, Ramu telah secara palsu mengimplikasi nama Navinkumar sebagai ketua sidiket "lorry hijacking" tersebut dan yang Navinkumar adalah bos dan majikan beliau.

g) Dalam pada itu rakan-rakan kongsi Ramu seperti Taiping Raja dan Guna telah menalifon Navinkumar supaya melarikan diri dari rumah mereka di Bercham, Ipoh dan keluar dari negeri Perak.

h) Akan tetapi memandangkan yang Navinkumar telah tidak membuat sebarang kesalahan, beliau telah enggan melarikan diri.

i) Selepas tekanan yang berterusan dan dalam keadaan terkeliru anakguam kami dan Navinkumar telah pergi tinggal di rumah kenalan mereka di Banting, Selangor untuk sedikit masa.

j) Tetapi oleh kerana kerinduan terhadap anak-anaknya, anakguam kami dan Navinkumar telah datang balik ke Ipoh dan menetap di Tanjung Rambutan dan terus bekerja sebagai pengutip sampah di kawasan tersebut.

C) Penderaan dan Navinkumar a/l Kanakiah semasa dalam tahanan:-

Selepas ditahan di Balai Polis Ipoh pada 28/5/2011 Navinkumar telah direman, dan dipukul dan didera bergilir-gilir oleh pihak polis dan dipaksa mengaku salah dalam kes-kes "lorry hijacking" di Perak. Selepas itu Navinkumar telah ditahan di Balai Polis Nibong Tebal, Balai Polis Damansara Damai, Balai Polis Kuala Kubu Baru dan akhirnya Navinkumar telah ditahan di IPD Gombak. Selepas tamat tempoh reman tersebut Navinkumar telah dibebaskan oleh polis IPD Gombak. Akan tetapi sebaik sahaja Navinkumar menjejak keluar dari IPD Gombak beliau telah ditahan pula di bawah Emergency Ordinance 1969 dan kini ditahan dib alai polis Bukit Jalil.

D) Berikut adalah butir-butir Navinkumar a/l Kanakiah dipukul dan didera:-

a) Setelah ditahan Navinkumar telah dipukul oleh pihak polis secara bertalu-talu dihampir kesemua balai polis.

b) Kami telah diarahkan oleh anakguam kami dan seorang tahanan yang dipenjarakan bersebelahan dengan sel Navinkumar di balai polis IPD Gombak yang Navinkumar telah ditendang di kaki kananya yang telah pun patah sebelum ini dan mata kananya yang separuh buta akibat satu kemalangan jalanraya, ditendang dan ditumbuk di perut dan janggutnya telah ditarik dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

c) Pihak polis telah memukul Navinkumar dengan tujuan untuk mendapatkan pengakuan kesalahan dan penglibatan beliau dalam aktiviti "lorry hijacking" di sekitar kawasan Ipoh, Perak.

d) Akan tetapi, olehkerana Navinkumar tidak terlibat sama sekali dalam sebarang aktiviti "lorry hijacking" atau sebarang perbuatan jenayah yang lain beliau telah tidak mengaku bersalah sehingga kini.

e) Kami juga telah diarahkan oleh anakguam kami yang Navinkumar telah diberitahu oleh seorang pegawai polis yang bernama Inspektor Velu dari Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman bahawa suaminya telah ditahan dibawah Emergency Ordinance 1969 pada 24/6/11 untuk selama 30 hari dan kemudian disambung untuk 30 hari lagi.

f) Kami telah diarahkan yang pegawai polis tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan Ramu.

g) Inspektor Velu tersebut telah memberitahu anakguam kami bahawa Ramu telah dibebaskan dari tahanan dibawah Emergency Ordinance 1969 dalam tempoh masaPicture3 tiga (3) minggu dari tarikh penahananya setelah "Berjaya" mengalihkan pertuduhan jenayah "lorry hijacking" ke atas nama Navinkumar.

h) Dan Inspektor Velu tersebut juga telah memberitahu anakguam kami agar datang berjumpa dengan Navinkumar di balai polis Damansara Damai bersama Ramu setelah membuat temujanji terlebih dahulu.

i) Tambahan pula Inspektor Velu telah memberitahu anakguam kami bahawa Ramu telah memberi Petisyen / aduan diatas nama Navinkumar dan mengimplikasikannya dalam kesemua aktiviti "lorry hijacking" tersebut yang dilakukan oleh Ramu dan ahli-ahli kumpulan mereka.

E) Fakta-fakta yang tidak mengaitkan Navinkumar a/l Kanakiah dalam aktiviti "lorry hijacking" adalah seperti berikut:-

a) Pada kesemua masa yang material konco-konco Ramu seperti Taiping Raja dan Guna telah memberi tekanan kepada anakguam kami dan suaminya Navinkumar supaya melarikan diri dari Perak kerana penahananya boleh menghalang pembebasan Ramu.

b) Pegawai polis yang bernama Inspector Velu telah memberitahu Navinkumar bahawa beliau pasti yang Navinkumar tidak terlibat dalam aktiviti "lorry hijacking" tersebut tetapi Ramu telah memberi Petisyen / aduan dan mengalihkan segala perbuatan jenayahnya ke atas Navinkumar dalam agenda usaha melepaskan dan membebaskan dirinya.

c) Penyiasatan dan / atau semakan Akaun Bank anakguam kami dan Navinkumar juga akan membuktikan yang beliau tidak mempunyai sebarang wang simpanan dan / atau sebarang transaksi kewanagn yang mencurigakan.

d) Malah Navinkumar juga mempunyai tunggakan dalam pembayaran ansuaran bulanan rumah dan keretanya selama lebih dari satu (1) tahun dan telah pun disenaraihitamkan. Satu carian FIS dan CITOS akan membuktikan perkara ini dan juga "past unsuspicious records of his financial standing and financial transactions"

e) Jika Navinkumar mendalangi aktiviti "lorry hijacking" atau terlibat sama dalam aktiviti lorry hijacking semestinya beliau akan menjalani kehidupan yang mewah seperti Ramu dan / atau seorang "lorry hijacker" yang sebenar. Apatah lagi pada masa ditangkap beliau bekerja sebagai seorang pengutip sampah dengan isterinya turut sama.

f) Navinkumar juga tidak mampu membayar yuran Universiti untuk membolehkan isteri beliau (anakguam kami) dapat meneruskan pengajianya dan menjadi seorang doktor perubatan.

Oleh itu, adalah jelas bahawa Navinkumar a/l Kanakiah tidak terlibat dalam sebarang aktiviti "lorry hijacking" tersebut dan beliau telah dijadikan sebagai mangsa oleh Ramu dan rakan-rakan kongsinya untuk membebaskan dan melepaskan diri mereka dan / atau dengan kerjasama dan / atau persekongkolan pegawai-pegawai polis yang berkenaan.

F) SOS: Terbaru Navinkumar dibelasah dan didera oleh 10 anggota polis di Balai Polis Bukit Jalil pada 24/7/2011.

a) Minggu lalu anakguam kami telah memaklumkan kepada kami bahawa pada 24/7/2011 Navinkumar telah dibawa keluar dari lokapnya dari Blok C ke Blok A dimana sekumpulan sepuluh (10) orang anggota polis telah membelasah Navinkumar dengan teruk dan turut menderanya.

b) Kami dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa Navinkumar mengalami kecederaan lebam di mata kirinya dan juga terdapat kesan bakar putung rokok di bahagian bahu dan juga perutnya.

c) Tambahan pula oleh kerana dibelasah teruk Navinkumar terpaksa jalan terhencut-hencut dan telah mengadu kepada anakguam kami bahawa keseluruhan badannya sakit teruk.

d) Navinkumar juga telah memberitahu anakguam kami bahawa dia telah cuma dibawa ke Klinik Kesihatan dan tidak diwadkan walaupun diminta. hospital Beliau juga telah membuat satu laporan polis berkenaan perkara ini.

e) Akan tetapi Navinkumar telah tidak diberikan sesalinan laporan polis mahupun nombor report tersebut.

f) Perkara ini telah diberitahu oleh Navinkumar kepada anakguam kami pada 1/8/2011 dan dilihat sendiri apabila anakguam kami berjumpa dengan Navinkumar di Balai Polis Bukit Jalil.

G) Sudah jatuh ditimpa pula tangga.

Anakguam kami sedang sarat mengandung tiga (3) bulan dan mengalami kerumitan kesihatan dan telah diwadkan di Hospital Tun Aminah Skudai Johor dari 4/6/2011 hingga 11/6/2011 . Anakguam kami juga mempunyai dua orang anak yang berumur 5 tahun dan 4 tahun dan keseluruhan keluarga mereka bergantung hidup kepada Navinkumar untuk menjalani kehidupan harian mereka.

Anak Navinkumar yang berumur 5 tahun tersebut juga telah diwadkan di Hospital Tun Fatimah, Muar, Johor pada 13/6/2011 dan masih menerima rawatan sehingga ke hari ini kerana mempunyai komplikasi jantung dan dijangka menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara dalam masa yang terdekat. Sesalinan laporan-laporan perubatan akan disampaikan kepada pihak Y.B. sebaik selepas kami menerimanya.

Rayuan

Kami dengan ini meminta pihak Y.B. meneliti semula aduan pihak Navinkumar pada kadar segera. Dalam pada itu kami memohon supaya Y.B. membebaskannya pada kadar segera "and in any event within forty eight hours (48) from the date hereof" menurut Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan seseorang individu.

Kami juga berharap keadilan yang sama yang diberikan kepada tahanan politik EO 6 dari Parti Politik PSM yang ditahan dibawah Emergency Ordinance turut diberikan kepada anakguam kami disini dan juga kepada kesemua 2,000 tahanan EO yang lain. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak samarata dan perlindungan undang-undang yang samarata di sisi undang-undang untuk kesemua rakyat.

Jika terdapat bukti terhadap Navinkumar beliau sepatutnya dituduh di Makamah terbuka "so that the truth will prevail".

Kami dengan ini memohon untuk kebenaran berjumpa dengan anakguam kami pada kadar segera.

Kami juga memohon kebenaran untuk satu temujanji dengan pihak Y.B. untuk membincangkan perkara ini dan lain-lain tahanan EO atas dasar kepentingan awam.

Sila jawab kepada surat kami ini pada kadar segera.

Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

_______________________

P.Uthayakumar

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan