Khamis, 11 Ogos 2011

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


FAHMI DI SINI: Mayat lelaki berulat ditemui <b>di Jelapang</b>

Posted: 25 May 2011 04:12 AM PDT


IPOH: Polis menemui satu mayat lelaki dengan berpakaian lengkap dan sudah berulat di kawasan tangki air puncak Jelapang, Ipoh.

Maklumat petama diperoleh pada jam 3.50 petang apabila orang awam menemui mayat tersebut ketika hendak memotong rumput di kawasan tersebut.



Siasatan lanjut diteruskan dan keterangan lanjut akan dimaklumkan selepas bedah siasat.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Siapa dibelakang isu projek Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 09:32 PM PDT


Beberapa pemimpin yang bencikan pentadbiran BN untuk menyelesaikan masalah perkampungan kampung Tersusun Meru Tin dilihat kerap kali bersama penduduk Meru Tin. Mereka juga menjanjikan jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah sepertimana 11 bulan dahulu mereka akan diberi tanah secara percuma. Kenyataan ini menyebabkan penduduk terus mengikut telunjuk mereka walaupun hasrat murni kerajaan untuk membantu mereka menyelesakan masalah.

Kerajaan Negeri tidak seharusnya dipersalahkan berhubung masalah setinggan melibatkan 183 keluarga di Kampung Tersusun Meru Tin, Jelapang Tambahan yang masih gagal untuk diselesaikan.

Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, masalah berlaku berikutan keengganan penduduk membayar kos tambahan yang meningkat kepada 30 peratus bagi membangunkan Rancangan Penempatan Tersusun (RPT).

Mengikut rekod, pada Januari 2010, penduduk di situ dikehendaki membayar RM12, 300 kepada pihak kontraktor Saka Bumi Sdn Berhad untuk memajukan penempatan itu, namun sehingga hari ini mereka masih enggan keluar sekali gus menghalang kerja-kerja pembersihan.

Hamidah berkata, keengganan penduduk keluar daripada penempatan tersebut sejak setahun lalu menyebabkan kenaikan kos sebanyak RM4,000 bagi setiap lot.

Menurutnya, apabila penduduk diminta membayar kos tambahan, mereka menyalahkan pihak Kerajaan Negeri kerana tidak berjaya mengotakan janji seperti yang dinyatakan sebelum ini.

"Penduduk sendiri yang suka menangguhkan masa keluar dari penempatan yang menyebabkan kos bertambah dan dalam masa yang sama menyusahkan diri mereka sendiri.

"Masalah itu sepatutnya sudah diselesaikan, tapi seperti ada pihak tertentu yang cuba menghasut penduduk untuk melambat-lambatkan urusan perpindahan keluar.

"Ada pihak tertentu yang jadi dalang menghasut supaya penduduk tidak berpindah dan tidak menandatangani perjanjian dengan kontraktor. Mereka tabur janji penduduk akan dapat lot itu secara percuma jika kerajaan bertukar tangan pada pilihan raya umum akan datang," katanya ," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Menurut Hamidah, baru-baru ini, ada wakil penduduk datang berjumpanya memaklumkan penduduk tidak akan membayar kos tambahan sebanyak 30 peratus itu kepada kontraktor.

Tetapi dalam masa yang sama mereka menyalahkan Kerajaan Negeri kononnya masih tidak berjaya selesaikan masalah sejak setahun yang lalu.

Hamidah berkata, dalam usaha untuk mengatasi permasalahan tersebut, pihak Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama penduduk setempat berikutan kos awal yang dikenakan terdahulu meningkat kepada RM16,000 setiap lot.

Menurutnya, kos tambahan yang kini mencecah sehingga RM 800,000 itu, sepatutnya ditanggung oleh penduduk bukannya Kerajaan Negeri.

Justeru itu katanya, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan