07 di bidor - Google Blog Search |
Ellen@Mummynemo.Com Kemalangan Maut <b>di</b> Tapah : Isteri seorang <b>...</b> Posted: 02 Aug 2011 05:46 AM PDT No of View :200 Isteri seorang anggota polis Pasukan Gerak Am (PGA) adalah antara dua yang maut dalam dua kemalangan di Tapah semalam dan hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata Normala Abdullah, 39, terbunuh apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika menunggu bas dalam kejadian di Km 64 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur. Kejadian berlaku kira-kira 6.45 petang semalam apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun gagal dikawal dan merempuh Normala yang berdiri di tepi jalan, katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya suami Normala adalah anggota PGA yang bertugas di Bidor. Dalam satu lagi kemalangan, seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jambatan di Km 73 jalan yang sama, sebelum terbalik. Kejadian berlaku kira-kira 11.15 pagi tadi ketika Anuar Abdul Aziz, 43, yang memandu bersendirian dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bidor. Anuar maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas tesepit di bawah lori, katanya. -BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan