Khamis, 4 Ogos 2011

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh: KEMALANGAN MAUT : DUA MENINGGAL DUNIA

Posted: 25 Jul 2011 10:28 PM PDT

Dua maut digilis lori sawit 



HUTAN MELINTANG - Dua remaja maut digilis lori muatan buah kelapa sawit dalam satu kejadian pagi semalam, dekat sini, semalam. 
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.40 pagi itu, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dan sebuah lori jenis Hino. 
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Ahmat Tan, 20, berasal daripada Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor manakala pemboncengnya dikenali sebagai Noraini Zulkafli, 20, dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan, maut di tempat kejadian. 
Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari arah Bagan Datoh ke Hutan Melintang dipercayai cuba memotong kenderaan hadapan mereka, di sebelah kiri bahu jalan. 
"Cubaan memotong kenderaan di hadapan mereka gagal apabila terbabas sendiri lalu jatuh ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah lori daripada arah Bagan Datoh ke Hutan Melintang. 
"Disebabkan jarak terlalu dekat, lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu menggilis dan menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. 
Kok Liang berkata, Noraini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala Ahmat putus kaki kiri dan cedera parah di bahagian dada, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan