07 di jelapang - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Polis buru bukti baru <b>di</b> pejabat PSM <b>Jelapang</b> Posted: 05 Jul 2011 06:25 AM PDT Pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Jelapang, Ipoh, diserbu petang tadi dalam usaha polis mencari bukti baru berhubung tangkapan enam pemimpin parti itu menurut Ordinan Darurat. Menurut pengerusi PSM Jelapang K Kunasegaran, polis datang ke pejabat mereka pada jam 12.30 tengah hari dengan membawa seorang daripada tahanan iaitu timbalan pengerusi M Saraswathy dalam keadaan bergari dan cuba memecah masuk pejabat itu. "Tetapi Saraswathy telah menjerit dan kami sedar kehadiran polis dan membuka pintu," katanyanya sambil menambah polis juga gagal menunjukkan waran geledah. Kunasegaran berkata anggota polis yang sebahagian besar mereka tidak memakai seragam tidak memberitahu apa yang dicari mereka tetapi mengambil dokumen parti yang berkaitan ideologi parti, minit mesyuarat dan sesalinan risalah berita parti itu. "Saya difahamkan mereka dari (ibu pejabat polis) Bukit Aman dan sedang mencari bukti bagi mengaitkan kami dengan aktiviti subversif," katanya. Dakwanya lagi anggota parti juga tidak dibenarkan bercakap dengan Saraswathy semasa serbuan dan mereka juga tidak dibenarkan memberinya air minuman walaupun beliau meminta sedikit air kerana kehausan. "Saya bimbang kerana dia ada kencing manis dan masalah tiroid," kata Kunasegaran. Saraswathy dan dua lagi tahanan, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dibawa ke Hospital Pulau Pinang apabila mereka dinafikan rawatan perubatan ketika tahanan pada 28 Jun lalu. Saraswathy, Jeyakumar dan empat yang lain ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat selepas dibebaskan daripada tahan reman pada 2 Julai. |
Mayat lelaki berulat ditemui <b>di Jelapang</b> : N9 Kini Posted: 25 May 2011 06:01 AM PDT IPOH: 25 Mei – Polis menemui satu mayat lelaki dengan berpakaian lengkap dan sudah berulat di kawasan tangki air puncak Jelapang, Ipoh. Maklumat petama diperoleh pada jam 3.50 petang apabila orang awam menemui mayat tersebut ketika hendak memotong rumput di kawasan tersebut. Siasatan lanjut diteruskan dan keterangan lanjut akan dimaklumkan selepas bedah siasat. - berita harian Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di jelapang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan