Rabu, 17 Ogos 2011

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Bantuan RM500,000 baiki Masjid Ahmadiah <b>Kuala Kurau</b>

Posted: 02 Aug 2011 04:00 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Bantuan RM500,000 baiki Masjid Ahmadiah Kuala Kurau

PARIT BUNTAR 2 Ogos – Kehadiran Ramadan tahun ini disambut penuh kesyukuran oleh kariah Masjid Ahmadiah, Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau, dekat sini apabila peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaiki masjid yang telah berusia lebih 70 tahun itu diluluskan.

Khabar gembira tersebut disampaikan oleh Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fuad Jelani ketika merasmikan Majlis Jalinan Mesra Rakyat di sini, semalam.

Mohd. Fuad berkata, peruntukan tersebut akan disalurkan menerusi Pejabat Daerah Kerian.

"Datuk Seri Najib Tun Razak telah meneliti permohonan ahli jawatankuasa masjid dan meluluskan bantuan sebanyak RM500,000," katanya pada majlis yang turut dihadiri Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau, Mohd. Salleh Mat Disa.

Pada majlis itu, Mohd. Fuad turut menyampaikan bantuan moreh kepada dua surau di kampung berkenaan serta menghulurkan zakat makanan dan wang tunai RM300 kepada 38 penerima daripada kalangan kariah masjid tersebut.

Pengerusi Masjid Ahmadiah, Husni Ahmad, 62, berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan bagi membaiki struktur masjid yang telah usang.

"Kami sudah lama menanti berita ini dan syukur atas keprihatinan Perdana Menteri, masalah kami mendapat perhatian," katanya.

Beliau menambah, masjid tersebut yang dibangunkan sekitar 1920-an, dibina atas tanah wakaf memberikan kemudahan kepada lebih 200 ahli kariah.

Katanya, banyak struktur kayu masjid telah reput dan perlu diganti segera.

Sementara itu, Mohd. Salleh berkata, bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib tidak pernah mengabaikan rakyat termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Beliau menambah, sempena Majlis Jalinan Mesra Rakyat itu, pihaknya turut mengedar kotak makanan sumbangan Yayasan Bina Upaya kepada 72 keluarga miskin di kawasan DUN Kuala Kurau.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan