Selasa, 16 Ogos 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


<b>Seri Iskandar</b> Bakal Jadi Pusat Jualan Borong

Posted: 05 Aug 2011 10:15 AM PDT


IPOH, 5 Ogos (Bernama) -- Bandar Seri Iskandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini, bakal menjadi pusat membeli belah ala "Nilai 3" di Negeri Sembilan apabila pembangunan sebuah pusat jualan borong bernilai kira-kira RM200 juta dibangunkan di situ.

Projek berkenaan akan dimajukan secara usahasama antara Syarikat Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di tapak seluas kira-kira 19.2 hektar.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh berkata kompleks itu akan melibatkan pembinaan 222 unit kedai yang merupakan sebahagian dari projek Sri Iskandar Business Centre (SIBC).

"Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2012 dan bakal meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi zon utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah.

"Kami menjangkakan dapat menarik kira-kira tiga juta pelancong tempatan ke pusat ini termasuk dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara syarikatnya dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di sini Jumaat.

Persatuan berkenaan diwakili pengerusinya Dr Tee Boon Thiam dan majlis berkenaan disaksikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Marcus berkata keputusan memilih Seri Iskandar dibuat kerana kedudukan yang strategik dan berdasarkan pertumbuhan pembangunan ekonomi sekitar dan juga seluruh negeri yang baik dan dijangka berkembang pesat.

Sementara itu, Dr Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya di Sri Iskandar.

"Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya.

Seri Iskandar juga terkenal sebagai sebuah bandar universiti kerana menempatkan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA.

-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan