Isnin, 8 Ogos 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


K-GAR: Pulau <b>Pangkor</b> : Tour Jom Hidupkan Gendang Silat by Serimau <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2011 09:36 AM PDT

Pulau Pangkor……our next destination.

 

 

Setelah beberapa kali tertangguh untuk kesana, alhamdulillah akhirnya kami dapat juga merealisasikan impian kami ke Pulau Pangkor untuk Projek Jom Hidupkan Gendang Silat. Bertolak dari rumah sifu dlm pukul 7 pagi, kami terus ke terminal Lumut untuk menaiki feri ke Pangkor. 945pagi baru bertolak, jadi kami terus perkena roti canai dulu di Lumut.

 

" Tak mabuk laut ke nanti? " Famy membuka persoalan

 

" Hahahaha…" terus disambut gelak oleh Dukun

 

IMG_5237

 

Pada mula nya, kami berharap dapat feri yang ada dek luar yang membolehkan kami bergendang di atasnya. Tapi kami redha dan teruskan plan untuk bergendang di Pangkor nanti. Pada yang pertama kali naik feri, agak teruja bercampur risau. Risau takut mabuk laut. ^_^. Alhamdulillah perjalanan selamat dan kami terus sampai ke jeti Pangkor. Perasaan masing-masing mula teruja untuk bergendang dan besantai di Pangkor.

 

IMG_5259

Nampak nye sudah ada perubahan di jeti Pangkor. Lebih kemas dan lebih menarik. Selesa memandang nya, sudah ade fasiliti yang senang digunakan oleh pengunjung. Kami terus menaiki teksi pangkor yang terkenal dengan warna merah jambu itu. Pantai Teluk Nipah destinasi kami, terus kami mencari "port" untuk bersantai dan beristirehat.

 

Sebelum tu, sifu mahu mengambil video bergendang di tepi pantai. Macam biasa kami terus bersiap dan mula bergendang. Memang "syok" bila bergendang sambil di belai dengan hembusan angin pantai buat hati mahu terjun terus ke dalam laut.

 

IMG_5274

 

Habis bergendang terus masing-masing terjun ke laut. Huh!! seronok tidak terhingga, masing-masing macam kanak-kanak rebina. Gembira jelas terpancar pada wajah masing masing.

 

IMG_9140 IMG_9043 IMG_9044 IMG_9046 IMG_9052 IMG_9055 IMG_9062 IMG_9069 IMG_9079 IMG_9086 IMG_9099 IMG_9104 IMG_9115

Aksi

Habis beraksi kami terus bergendang di area pantai. Dapat lah "jamming" 3 hingga 5 lagu. Setelah selesai, kami terus ke jeti Pangkor untuk kembali ke tanah besar. Makan dulu kerana masing masing lapar akibat nasi goreng yang dibawak bekal basi dalam perjalanan. Tidak ada rezeki nampak nya.

Alhamdulillah, hajat untuk bergendang di atas feri termakbul akhir nya. Syukur pada Allah, hajat dimakbulkan. Bentang tikar dan kami terus mengambil tempat untuk bergendang.

IMG_5377 IMG_5343 IMG_5359 IMG_5375

Dari jeti Pangkor hingga ke jeti Lumut kami bergendang. Melepaskan geram kata kan. Dari situ kami terus ke Waterfront Lumut untuk bergendang ke sana pula.

Di situ kami ditegur beberapa pengunjung bertanyakan dari mana dan nama kami. Alhamdulillah respon memang positif, yang paling seronok ada salah seorang pengunjung mahu bergendang sama dengan kami. Terima kasih pada abang tersebut kerana "join" kami berjamming, lagu silat kedah pulak tu. Tapi yang paling saya tidak dapat lupakan bila salah seorang pengunjung datang bersalam dengan saya terus menghulurkan duit. Memang agak terkejut saya.

" Amik ini tuk buat belanja minum "

" Tapi….." saya cuba menolak secara sopan

" Amik lah, ikhlas sebab pakcik suka korang bergendang, anak muda yang masih teruskan warisan kita "

saya jadi serba salah, terus juga mengambil duit tersebut dan berterima kasih pada pengunjung tersebut. Duit saya serah kan pada sifu dan sifu juga terkejut bila saya cerita kan hal itu. Tapi kami bersyukur kerana masih ada yang menyokong kami meperjuangkan seni warisan bangsa. Walau duit itu tak seberapa mana tapi niat untuk memberi itu kami hargai dengan semangat yang kami tunjukkan. Moga Allah membalas nya dengan pahala yang berlipat kali ganda.

IMG_5477 IMG_5409 IMG_5412 IMG_5415 IMG_5421 IMG_5433 IMG_5475

Dari situ terus kami bertolok untuk balik. Satu lagi pengalaman yang menarik untuk kami simpan dalam memori. Harap kami dapat menyampaikan apa yang kami perjuangkan selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

2nd Anniversary at Pulau <b>Pangkor</b> (Part 1) - Blogspot

Posted: 25 Jul 2011 06:21 PM PDT


                 16-18 Julai 2011 kami sekeluarga telah ke Pulau Pangkor sempena 2nd anniversary saya dan suami. Memang dah lama betul teringin ke Pulau Pangkor. Sejak belajar kat UTP dulu.. Before masuk UIA.. Kami bertolak dari Klang menuju ke Lumut melalui Kapar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Teluk Intan, Manjung..  Petang tu agak lambat kami bertolak sebab saya  ada kelas tuisyen.  Kami tiba di lumut pada jam 7.15 ptg. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 min dari rumah kami di Rantau Panjang, Klang. Sebelum tu, sempat singgah di Mcd manjung untuk beli bubur Asyraaf. Sampai je di jeti Lumut, dah ada feri yang menunggu. Kami beli tiket dengan harga RM 10 untuk pergi dah balik. Disarankan naik Mesra Feri sebab feri yang lain cam tak bpe best je. Cam rendah dan lemas. Seronok betul dapat menghirup udara laut yang segar. Asyraaf sangat excited sebab ni first time dia naik feri. Sempat la jugak bergambar dalam feri walaupun hari dah beransur gelap. 



           Perjalanan nak ke pangkor mengambil masa lebih kurang 30min ( Xsempat nak set masa. Tp agak2 30 min la..). Feri akan berhemti di jeti sungai pinang sebelum tiba di Jeti Pangkor. Sungai Pinang kat Pangkor jugak. Tapi  disini tiada perkhidmatan teksi disediakan.
          Sangat teruja bila sampai di jeti pangkor sampaikan tertinggal bubur Asyraaf atas feri. Kelam kabut papa g amik. Nasib baik ada lg.. Kami menaiki van pink (seperti dalam gambar) ke chalet dengan harga RM15 1 van. 
                   Sampai di chalet, kami berehat dan solat. Kemudian terus turun pusing2 sekitar teluk nipah. Jalan kaki je.. sebab ,,g dekat sangat chalet dari pantai. Memang happening kawasan teluk nipah. Banyak chalet dan gerai tertumpu disini. Weekend di Pangkor sangat pack. .Ramai betul manusia membanjiri Teluk Nipah.  Penat ronda n isi perut, kami pulang ke chalet dan tido. Bersambung next time.. nak g shopping jap..;)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan