Isnin, 8 Ogos 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Konsep Nilai 3 <b>di Seri Iskandar</b> | Asraf Zamani

Posted: 08 Aug 2011 09:05 AM PDT

Satu lagi pembangunan yang rancak di jalankan di Bandar Seri Iskandar dengan mewujudkan sebuah lagi pusat borong di Sri Iskandar Business Centre (SIBC) di daerah Perak Tengah. Konsep jualan borong Nilai 3, di Bandar Seri Iskandar ini membabitkan pelaburan bernilai kira-kira RM200 juta di samping itu, lebih 1,000 peluang pekerjaan akan disediakan apabila pasar borong ini beroperasi pada tahun depan. Macam ni barulah best sebabnya tak perlu pergi jauh-jauh hanya nak membeli pakaian dan kain langsir.. tak sampai 5 minit dah tentu sampai. 

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga Nilai 3, Dr. Tee Boon Thiam berkata, pusat borong itu bakal menjadi yang terbesar di wilayah utara apabila ia memulakan operasinya selepas projek SIBC siap pada pertengahan tahun depan.

"Selepas bertapak sejak 10 tahun lalu di Nilai 3, Negeri Sembilan, sekarang, adalah masa terbaik untuk kami menerokai pasaran negeri-negeri utara termasuk Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

"Ahli-ahli persatuan telah membeli sebanyak 222 unit rumah kedai dua tingkat dan tiga tingkat bernilai lebih RM200 juta di SIBC untuk mewujudkan sebuah pasar borong bagi wilayah utara," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Setia Awan Holdings yang merupakan pemaju SIBC dengan Persatuan Peniaga Nilai 3 yang disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh, berkata dengan memperkenalkan konsep Nilai 3 di Sri Iskandar, pihaknya menjangka 3 juta pelancong tempatan akan berkunjung ke bandar itu terutamanya dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Katanya, pengunjung boleh membeli pelbagai barangan di Sri Iskandar seperti barangan perhiasan rumah dan pakaian dengan harga yang murah.

"Sri Iskandar Business Centre ialah projek yang dibangunkan di kawasan seluas 32 hektar dengan kos pelaburan RM300 juta yang bakal mewujudkan sebuah bandar baru yang serba moden di Daerah Perak Tengah.

"Setakat ini, projek SIBC sudah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM300 juta. Antara yang melabur adalah McDonald's, Kenny Rogers, pasar raya Billion, Pacific Bowling dan panggung wayang Lotus Five Star

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kewujudan pasar borong itu akan membantu Sri Iskandar membangun dengan konsep perniagaan yang baru dan muncul sebagai antara pusat perniagaan terbesar di Perak.

Beliau turut mencadangkan supaya reka bentuk bangunan pusat jualan borong di SIBC dibuat berbeza dengan Pusat Borong Nilai 3 yang menyerupai kilang.

Sumber : Utusan | Perak Today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan