Jumaat, 30 September 2011

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


CAP – Lessons from radioactive poisoning in <b>Bukit Merah</b>: A Photo <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 03:14 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]... taking blood sample. In 1988, every child tested had a. Photo by CAP. More Photos Essay: http://www.consumer.org.my/index.php/homepage/slideshow/453-wasted-lives-lessons-from-radioactive-poisoning-in-bukit-merah ...

Mahathir harus meminta maaf kepada mangsa <b>Bukit Merah</b>

Posted: 24 Sep 2011 10:11 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILN) menganggap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir harus meminta maaf kepada mangsa Bukit Merah akibat krisis kebocoran radiasi oleh kilang pemprosesan tanah nadir – Asia Rare Earth (ARE) dan bukan memberikan pandangannya terhadap Kilang Lynas secara tidak bertanggunjawab.

Ahli Jawatankuasa KEADILAM Majlis Pimpinan Pahang Lee Chean Chung mengulas kenyataan Mahathir yang bersetuju dengan pembangunan Kilang Lynas. Menurut beliau, sempena Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, beliau bukan sahaja meluluskan projek ARE di Bukit Merah, malah juga melakukan pelbagai kesilapan besar sejurus itu.

Yang pertama, Projek ARE diluluskan Mahathir mengalami bencana kebocoran radiasi dan membahayakan nyawa penduduk di sekitar Bukit Merah. Statistik menunjukkan bahawa sebanyak 8 orang kanak-kanak menghidapi Leukimia akibat radiasi, dan hanya 2 orang sahaja yang masih hidup sehingga sekarang. Selain itu, 5 orang mengalami kecacatan otak akibat kesan radiasi. Kadar keguguran dan kematian bayi juga adalah 3 kali lebih tinggi daripada kadar purata negara ini.

Menurut Chean Chung, Mahathir pada ketika itu enggan memberi arahan supaya menutupkan kilang tersebut. Penduduk kampung yang terdesak terpaksa membawa kes tersebut ke mahkamah dengan usaha sendiri.

"Malah kes mahkamah telah berlanjut selama 10 tahun. Penduduk kampung menderita sepanjang tempoh tersebut. Sekarang, Mahathir bukan sahaja tidak insaf akan tindakan beliau, malah menyatakan persetujuan terhadap Lynas, iaitu sebuah kilang pemprosesan tanah nadir yang bakal dibuka di Gebeng, Kuantan."

Kedua, Kerajaan Barisan Nasional hanya mengambil langkah mendirikan tapak simpanan sisa radioaktif tetap 13 tahun selepas Kilang ARE berhenti beroperasi. Tapak tersebut hanya akan disiapkan menjelang tahun 2014. Penangguhan tersebut telah membuktikan kesilapan pentadbiran kerajaan BN.

"Kerja penceraian bangunan kilang dan penghantaran sisa radioaktif ke tapak simpanan telah mengambil masa selama 13 tahun dan peruntukan yang tidak dapat dinilai harganya. Tambahan lagi, tapak tersebut akan diserah dan diselenggarakan oleh Kerajaan Negeri Perak selama 300 tahun. Tempoh separuh hayat Thorium adalah selama 14 bilion tahun. Betapa lamanya kerajaan kita dapat menjamin sisa radioaktif tersebut adalah di bawah keadaan selamat?"

Akhirnya, Chean Chung juga mengkritik Mahathir yang menahan beberapa aktivis alam sekitar dalam gerakan anti ARE Bukit Merah di bawah ISA. Antara mereka termasuk Peguam Sahabat Alam Malaysia (SAM) Mina, Hew Yuen Tat, Fang Kui Mien dan Prof. Tan Ka Kheng.

"Yang menyedihkan, Prof. Tan Ka Kheng yang merupakan graduan daripada Universiti Cambridge telah ditahan tanpa bicara selama 2 tahun. Memandangkan sekarang Kerajaan telah membuat keputusan memansuhkan ISA, jelas bahawa tindakan Mahathir pada ketika itu telah dibuktikan salah."

Akhir sekali, Chean Chung mengambil pendirian bahawa selepas insiden Tanah Merah, Malaysia tidak perlu lagi sebuah Kilang Lynas untuk mengingatkan kelemahan penguatkuasaan institusi, kelonggaran akta alam sekitar dan harga nyawa rayat kita. Jika Mahathir ingin meninggalkan satu legasi yang bertanggungjawab, beliau harus memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan olehnya kepada rakyat Bukit Merah.

"Yang pentingnya, keputusan muktamad untuk membangunkan Kilang Lynas haruslah datang daripada rakyat, dan bukan pihak lain, terutamanya tokoh politik yang sudah bersara."

公正党细数前首相三大罪状

李健聪:马哈迪应向红泥山受害者道歉

(关丹22日讯)人民公正党认为前首相马哈迪应该为其掌政期间批准霹雳州红坭山亚洲稀土厂运作,结果酿成辐射泄漏危机一事道歉,而非毫无悔意地大放厥词。

公正党彭亨州州委李健聪表示,马哈迪在任内批准红坭山亚希厂的运作,犯下了多项严重的错误。他细数马哈迪的三大罪状如下:

第一,马哈迪任内批准的稀土厂发生辐射外泄问题,并危害多人性命。统计显示,在该段期间因怀疑辐射而患上血癌的儿童有8位,侥幸生存的仅有2位。此外由于辐射影响而脑残者也有5名,加上孕妇流产,婴儿夭折率也是全国的3倍。

"马哈迪迟迟不肯下令关闭稀土厂,导致村民需要自费筹款打一场长达10年的官司,可谓罔顾人民的安危。现在,前首相对于这些悲惨的事件不但未有表达丝毫歉意,反而还为即将在关丹开厂的莱纳斯稀土厂背书,着实让人心寒。"

第二,另外,国阵政府与亚洲稀土厂在停厂的13年后,也就是迟至2006年才开始研究重新设置永久埋毒槽,而且在2014年才会完成埋毒槽的工程。这种延误已经犯了行政疏忽的错误。

"亚洲稀土厂花费了13年的时间和无法估计的金钱进行拆厂和处理辐射性废料的工作,而且埋藏辐射废料的永久埋毒槽,将会在2016年正式交给霹州政府负责及管理至少300年。钍辐射废料的半衰期为140亿年,我国的政府能够保证安全看管这些废料到什么时候?"

第三,李健聪也抨击马哈迪在反对亚洲稀土厂的运动中,以《内安法令》逮捕多名环境维权人士,其中包括霹雳反辐射抗毒委员会主席丘运达、大马自然之友米娜等,其中剑桥大学化工博士陈嘉庆更在未审讯的情况下就被扣留长达2年,犯下了严重的错误。

"马哈迪在茅草行动中动用恶法钳制运动,导致许多无辜的人在黑狱中度过非人的日子。其中,丘运达在扣留期间连续被盘问78小时,不止不允许他睡觉,也禁止与家人见面。现在国阵政府终于痛定思痛决定废除《内安法令》,马哈迪当年的行为对错,已经不证自明。"

最后,李健聪也认为,我国已经有了这个红坭山稀土厂的惨痛经验,不需要再来一个关丹莱纳斯稀土厂来提醒我国监管机构的脆弱、环境法令的松懈以及人命的可贵。马哈迪如果要为后代留下一个正面的楷模,则应该为其任内的错误决策所导致的人命与财物损失诚恳道歉。

"而且,要不要稀土厂的最后决定必须来自人民,而不是任何政党、组织或过气政客,更加不会是马哈迪。"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan