Selasa, 27 September 2011

07 di hutan melintang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kakitangan JPJ terima rasuah dipenjara

Posted: 27 Sep 2011 04:01 PM PDT

IPOH 27 Sept. – Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Teluk Intan dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM1,500 daripada seorang pemandu traktor, dua tahun lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada Mad Karimin Mansor, 49, selepas mendengar rayuan daripada tertuduh yang kelihatan sugul di kandang tertuduh.

Julie yang menasihatkan tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu, turut memerintahkan lelaki tersebut menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mad Karimin mengaku memperoleh rasuah RM1,500 daripada S. Letchamanan pada pukul 7.40 malam, 4 September 2009 di Kedai Makan Yunos berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jenderata Bahagian 3 di Hutan Melintang dekat sini.

Wang suapan tersebut didakwa diterima sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap Letchamanan yang memandu traktor bernombor pendaftaran AM 3297 tanpa cukai jalan, iaitu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Terence Naidu, memohon agar hukuman terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia menanggung dua anak selain kehilangan kerja dan wang pencen apabila mengambil keputusan untuk mengaku bersalah.

Namun, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), M. Kathan memohon agar hukuman setimpal dikenakan memandangkan perbuatan rasuah merupakan suatu kesalahan yang serius.

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved