Selasa, 27 September 2011

07 di seri iskandar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Pelajar UITM <b>Seri Iskandar</b>, Perak <b>di</b> dakwa membunuh dan <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 12:48 AM PDT

No of View :1747

Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPTA) di Seri Iskandar, Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini atas tuduhan membunuh seorang pelajar wanita dari maahad tahfiz di Selayang, awal bulan ini.

Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang hadir ke mahkamah dengan berkopiah menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham ke atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Tertuduh didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumahnya di No. B-119 Pangsapuri Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang antara pukul 9 malam, 4 September 2011 dan pukul 2.15 pagi, 5 September 2011.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. Tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 8 November depan untuk pihak pendakwaan mengemukakan laporan bedah siasat dan laporan kimia. – Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved