Ahad, 4 September 2011

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Gambar <b>di</b> Hari Raya Aidilfitri 2011 | Dunia CMRatu

Posted: 02 Sep 2011 04:36 AM PDT

Minta maaf tahun ni mood mengambil gambar semasa raya kurang sikit, jadi gambar pun kurang la walaupun banyak beraya. Mesti semua orang pun cerita pasal raya jadi saya ringkaskan perjalan raya saya tahun ini.
Raya pertama - baju merah, pagi raya di Kuala Kurau, Perak, 4 rumah saudara mara sebelah isteri, kemudian tengah hari bertolak ke Kulim, Kedah. Di kulim singgah 1 rumah sahaja, gambar baju merah dibawah ni gambar di Kulim, kiranya saya beraya dengan keluarga sendiri di Kulim la tahun ni. Kemudian kami sama-sama ke Jawi, Pulau Pinang, 2 Rumah dan akhir sekali satu rumah lagi di Parit Buntar, Perak sebelum pulang ke Kuala Kurau. Sangat meletihkan....
Raya kedua - 9 Pagi dari Kuala Kurau (hari ini dalam negeri Perak sahaja) bertolak ke Ipoh untuk majlis raya sebelah ayah. Gambar di bawah bacaan tahlil selepas semua berkumpul di rumah pak ngah. Kebetulan 31 Ogos merupakan tarikh lahir pak ngah, tak ingat siapa yang sponsor kek hari lahir. Di ipoh singgah 2 rumah sahaja sebelum ke Kuala Kangsar dan kemudian ke Taiping sebelum pulang ke Kuala Kurau. Gambar di bawah semuanya di rumah pak ngah. 
Hari ketiga - Pagi kak ngah minta saya ambilkan gambar keluarga untuk buat frame. Ni la hasilnya. Kemudian beraya rumah kawan-kawan isteri di kawasan bagan serai sebelum kami sekeluarga pulang ke Pulau Pinang.Sekian untuk raya tahun ini......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan