07 di pangkor - Google Blog Search |
LOVE SYAHID: Ust Zawawi 'terjah' warga fakir-miskin <b>di</b> Pulau <b>...</b> Posted: 23 Aug 2011 08:08 PM PDT salah seorang pakcik yang menerima sumbangan beras dan duit raya dalam keadaan uzur di kampung teluk gedung... beliau sungguh terharu dengan kehadiran kami...
Kakak ini mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan beras dan duit raya yang telah kami hulurkan..
PULAU PANGKOR, 23 Ogos 2011 - Satu program yang dinamakan Bantuan Beras dan Duit Raya kepada fakir-miskin di sekitar Pulau Pangkor. Bantuan ini, melibatkan 3 buah kampung iaitu Kampung Teluk Gedung, Kampung Teluk Kecik dan Kampung Masjid. Majlis tersebut telah di jalankan selepas solat Asar dan disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak iaitu AF Ust Zawawi Hassan.
Pada sebelah malamnya beliau telah memberi tazkirah bertempat di Markas PAS Cawangan Pangkor dan tazkirah beliau cukup mengusik kalbu.. Di kesempatan ini kami dari ahli-ahli PAS Cawangan Pangkor ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua yang mengenal kami. Di samping itu kami merayu di bulan yang penuh barakah ini dapat kiranya ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di luar sana menghulurkan bantuan derma untuk membeli dan membina bangunan Kompleks Tarbiyah PAS Pangkor... sumbangan boleh di salurkan terus ke akuan Maybank no 558266102074 atas nama TKT PAS PANGKOR. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust Syed Sharim Sayed Khalim 019 5121274 dan Ust Shahril Saari 012 2365297. |
2nd Anniversary at Pulau <b>Pangkor</b> (Part 2) - blog*spot Posted: 12 Aug 2011 05:10 PM PDT Pagi tu kami bangun solat subuh agak lewat.. jam dah
menghampiri 7.00pagi.. maklumlah agak penat hari sebelumnya kerana menempuh
perjalananan 3 jam setengah di dalam kereta. Selepas sarapan di dalam chalet,
kami terus naik motor untuk pusing-pusing pulau pangkor. Papa, mama & Asyraaf naik motor!!!!!!!! Motor
tersebut kami sewa dari tuan chalet RM30 sehari. Ikut tentatif, tempat pertama
yang akan kami tuju ialah Bandar pangkor. Tetapi nasib kami kurang baik kerana
sebaik sahaja sampai di Pasir Bogak, motor kami telah pancit. Nasib baik
pantai Pasir Bogak hanya di tepi jalan. Dengan rasa teruja, kami telah bermain
di pantai sambil menunggu tuan motor datang untuk tukar motor yang lain. Motor
baru yang kami dapat ialah motor Honda wave 100cc. Ok la berbanding motor
sebelum tu yang dah pancit. Suamiku yang tercinta telah membuat keputusan untuk
balik semula ke chalet memandangkan kami terpaksa check out dari chalet Pangkor
Indah dan check in di Chalet Pangkor Inn. Nak tau kenapa? Sebabnya, sebenarnya
aku telah booking chalet pangkor inn selama 2 malam. Tapi owner tu telah pass
kat orang lain bilik untuk 16 julai malam. Terpksalah kami ke Pangkor Indah.
Dan malam kedua baru kami dapat menginap di Pangkor Inn. Pangkor Indah lagi best dari Pangkor Inn..
Selesai check in kat pangkor Inn, kami rehat dan memulakan perjalanan ke
Bandar pangkor. Asyraaf..our handsome boy.. sangat la excited naik motor. Tp
sampai je kat Pantai Pasir Bogak, Asyraaf tertido atas motor. Sangat la best
angin laut sampai terus tertido dia. Terpaksa la kami berhenti dan berehat di
Pasir Bogak sementara menunggu Asyraaaf bagun. Aku letak je Asyraaf atas pasir
Beralaskan baju. Mmg xplan bawak pe2 alas pun. Kami pun baring sama atas pasir
Pantai Pasir Bogak yang memutih dan bersih. Tak sampai sejam, Asyraaf bangun
dan perjalanan kami ke Bandar diteruskan. Tempat pertama kami tuju ialah Kota
Belanda. Jap je pusing2 kat c2 sebab panas.
Pastu,
kami makan di kedai area pekan pangkor. Dah tak ingat pe namanya. Tp boleh
tahan gak la sedap makanannya. Pas makan, kami ke kedai Hasil Laut Pak Su. Best
betul tengok ikan kering yang tergantung. Memang fresh.. Kami beli ikan talang
besar dengan Harga RM20. Besar betul.. Kedai ni ada cawangan di Jeti Pangkor.
Destinasi seterusnya ialah ke kedai sourvenir. Sempat la beli sedikit
buah tangan untuk di bawa pulang. Kami sudah kepenatan. Sekitar jam 3.30
petang, kami pulang ke chalet untuk solat dan berehat. Sangat tidak sabar nak
mandi laut Pangkor yang sangat crystal clear water tu.. Memang sangat cantik.
Pas solat Asar kami terus ke Pantai Teluk Nipah untuk bermandi mandi.
Malamnya
kami keluar untuk mengisi perut yang lapar. Terjumpa satu kedai yang sangat
best. Kedai Makan Senyum Selalu kot namaya. Lauknya best dan murah. RM 50 dapat
makan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kalilan ikan masin, telur dadar,
cencaru bakar, fresh orange, sirap n air suam. Murah kan??? Dah la sangat
best.. Alhamdulillah.. Pas makan, kami pusing2 untuk menghirup udara malam di
Pangkor. Kemudian, balik chalet layan tv sampai tgh malam sampai tertido..GUD
NITE…
|
You are subscribed to email updates from di pangkor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan