07 di lenggong - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Lembah <b>Lenggong</b> akan dicalon Tapak Warisan <b>...</b> Posted: 20 Sep 2011 04:01 PM PDT IPOH 20 Sept. – Tapak arkeologi di Lembah Lenggong dekat sini akan dicadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada penghujung tahun ini untuk dicalonkan sebagai sebagai Tapak Warisan Dunia. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, urusan berkaitan kini di peringkat akhir dan pihaknya juga telah mengadakan perbincangan mengenainya pada minggu lalu sebagai persiapan sebelum membentangkan pencalonan itu kepada UNESCO. "Kita sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO di tapak arkeologi Kota Tampan di Lenggong dan berharap ia mendapat pertimbangan sewajarnya," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones dan Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura di pejabatnya di sini, semalam. Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologi pertama di negara ini yang dicalonkan untuk mendapat pengiktirafan berkenaan setelah Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori kebudayaan. Selain terkenal sebagai lokasi penemuan 'Perak Man', Lembah Lenggong juga dikatakan menjadi laluan manusia awal yang berhijrah keluar dari benua Afrika menuju ke Australia. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di lenggong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan