Rabu, 21 September 2011

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Pesara tentera dan polis mempunyai sebab tersendiri untuk benci <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 06:20 PM PDT

Posted on September 19, 2011, Monday

HIBA: Siti hiba selepas menerima sumbangan Hari Raya mengenangkan perhargaan masyarakat atas jasa dan perjuangan ketika bertugas menghadapi karenah Komunis dan talibarut mereka di zaman darurat di Sungai Siput ,Perak lebih 50 tahun lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. — Gambar Bernama

BANDAR BAHARU: Bagi dua pesara anggota keselamatan, Rasid Chik, 74, dan Siti Ajar Othman, 84, mereka mempunyai sebab tersendiri untuk membenci pengganas komunis, berkisar daripada pengalaman pahit ketika berkhidmat dalam pasukan masing-masing lebih 50 tahun lalu.

Rasid yang merupakan pesara tentera British, kini menetap di Kampung Permatang Pasir di sini, pernah koma selama seminggu apabila perutnya ditembak komunis ketika pasukannya diserang hendap dalam satu peristiwa di hutan Bukit Fraser pada tahun 1950-an.

"Akibat serangan itu, saya terlantar di hospital selama sebulan," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Terbuka UMNO Cawangan Pemuda Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di sini, semalam.

Rasid adalah antara empat bekas pejuang Pasukan Keselamatan bersama 11 pejuang UMNO yang diraikan dan menerima sumbangan daripada Cawangan Pergerakan Pemuda berkenaan pada majlis menghargai pejuang tempatan itu.

Seramai tujuh rakan sepasukannya terkorban, manakala tiga orang termasuk Rasid cedera dalam serangan hendap komunis itu.

Rasid berkata, ketika itu dia bertugas dalam Unit Semboyan DiRaja yang beribu pejabat di Singapura.

Setelah bersara pada tahun 1960 atas faktor kesihatan ekoran kecederaan diperutnya itu, beliau menerima pencen RM150 sebulan dan Rasid kemudiannya menjadi seorang tukang kebun di Sekolah Menengah Serdang selama 16 tahun dan bersara pula dengan pencen RM300 sebulan.

Sementara itu, Siti Ajar yang merupakan pesara Konstabel Khas Wanita (WSC), kini menetap bersama anaknya Hatiah Ahmad, 46, dan menantunya Yusuff Sudin, 50, di Kampung Permatang Pasir di sini.

Siti Ajar yang berasal dari Padang Serai dekat sini ketika menyertai WSC berusia 20-an dan telah berkahwin dengan suaminya Ahmad Ngah yang ketika itu berusia 41 tahun.

Katanya, dia tidak dapat melupakan pengalaman menemui tin susu yang disorokkan dalam sebuah tong kecil yang diisi penuh tahi babi yang cuba diseludup untuk komunis oleh seorang penduduk kampung baru di Sungai Siput lebih 50 tahun lalu.

"Mak Cik juga pernah ditendang oleh seorang perempuan tali barut komunis yang cuba menyeludup roti kering disorokkan dalam sarung kaki panjang dan diikat di bawah seluar panjang yang dipakainya.

"Ketika Mak Cik tunduk memeriksa bahagian betisnya, tiba-tiba wanita itu menendang muka Mak Cik," katanya.

Menurut Siti Ajar, taktik yang sama juga dilakukan lebih 100 orang wanita yang tinggal di kawasan kampung baru dalam usaha membekalkan makanan kepada pengganas komunis yang tinggal dalam hutan.

Katanya, peristiwa itu adalah antara kisah yang tidak dapat dlupakan sehingga hari ini dan masih berdendam dengan pengganas Komunis walaupun lebih 60 tahun dia meninggalkan tugasnya itu.

Siti Ajar berkata, disebabkan beliau anggota WSC dan menolak untuk menyambung tugasnya sebagai anggota Polis Wanita Biasa apabila mendapat pelawaan daripada kerajaan, beliau tidak mendapat sebarang pencen. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan