Selasa, 20 September 2011

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Berjumpa Blogger <b>di Manjung</b> | CeLoTeH M.J

Posted: 18 Sep 2011 05:32 PM PDT


Jumaat lepas kami sekali lagi ke Manjung atas urusan peribadi, selesai je urusan MJ dijemput ke rumah seorang rakan blogger di sana. Pada mulanya MJ was was jadi ke tak, takut urusan kami lewat selesai sebab kami bertolak dari Penang pun dah tengah hari, ada 2 rumah Open House pada hari Jumaat tu, 1 di Taiping dan 1 lagi rumah Makcik MJ di Batu Kawan tapi alhamdulillah dapat jugak kami berjumpa walau lewat dari masa yang dijanjikan.

Nak tau blogger yang MJ jumpa tu siapa?? Tak sangka Raya kali nie MJ diberi kesempatan untuk berjumpa dengan rakan blogger lagi :-) Sebelum nie jumpa Nureen, nak baca entry di SINI

Baby Lukman yang suka sangat bergambar, pantang kamera dihalakan pasti direnungnya..
Comel sangat baby Lukman nie tau, dengan matanya yang kecil, kulit putih sama cam kakaknya :~)
Ok korang cepat teka baby siapa nie merangkap blogger yang MJ jumpa tu???? :-)
Terima kasih Huda dan suami kerana sudi menerima kunjungan kami.
Plan asalnya nak berjumpa pukul 4pm tapi kami terlewat atas urusan peribadi tu dan hanya dapat berjumpa lebih kurang pukul 6pm.. Maaf ye Huda sebab kami menyusahkan lak,
dah ler lewat dari yang dijanjikan, maaf sesangat ye :)

Memula sampai tu cam biasa la malu-malu arnab sikit, dah kenyang makan Mee Goreng dari Huda, apalagi MJ cepat-cepat bawak keluaq kamera nak abadikan kenangan kami berjumpa nie

Tengoklah baby Lukman nie, mata pasti tertumpu pada kamera punya..
Kakaknya Husna, hmmmm menjawablah jenuh panggil untuk bergambar, tak nak nya dia, last-last MJ curi kandid la gambaq Husna :-)
Husna bermain sorang2 dengan mainannya je.. :-0

MJ suka dengan gambaq kandid nie, kami bertiga memerhati gelagat Husna bermain dengan adiknya, alahai soo sweet.. :-)
Kitorang bertolak dari rumah Huda lebih kurang kul 8pm, MJ terus balik ke Penang, so kenduri kat Taiping tak sempat p sebab nak ke rumah makcik lak di Batu Kawan.. Kami sampai Penang lebih kurang kul 10.30pm.
Terima kasih lagi kepada Huda sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan dan melayan kami, perumpaan yang walaupun singkat tapi sangat bermakna.. :-)
Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan