Selasa, 20 September 2011

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Bakul sampahkan sejarah tulisan &#39;profesor kangkung&#39; – Azmin <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 09:58 PM PDT

Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada rakyat.

(Nabihah Hamid)

Azmin Ali menyampaikan sumbangan kepada rakyat.

PERAK: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyelar beberapa sejarahwan yang sanggup menjadi 'profesor kangkung' dengan memutar belit sejarah bagi menonjolkan Umno.

"Pakatan Rakyat harus membakul sampah buku sejarah tulisan profesor kangkong dan menulis semula sejarah dengan fakta tepat dan adil," kata Ahli Parlimen Gombak itu pada sambutan Aidilfitri anjuran cabang Pasir Salak dihadiri lebih 200 orang, semalam.

Beliau kesal kerana Umno tergamak memadam dan menipu fakta sejarah hasil 'pertolongan' profesor kangkung dan menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja keji.

"Sejarah negara harus dikaji semula kerana Umno BN memadamkan pengorbanan perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmi dalam menuntut kemerdekaan.

"Ahmad Boestamam, Tok Janggut dan ramai pejuang lain juga dipinggir dari sejarah versi Umno BN," kata Azmin yang membidas tuduhan Umno kononnya Mat Indera adalah komunis sedangkan pejuang itu adalah hafiz al-Quran dan kuat beribadat .

Terdahulu, beliau menyampaikan hamper kepada 50 orang masyarakat miskin setempat. Hadir sama ialah Osman Abdul Rahman (Ketua Cabang KEADILAN Cabang Pasir Salak merangkap Penyelaras Dun Sungai Manik) dan Abdul Razak Ismail (Penyelaras Parlimen Pasir)

Azmin memulakan sesi turun padang di Perak bermula di Parlimen Pasir Salak yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang kita perlu ialah anggota parti kena bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat menang dalam PRU yang dijangka pada November akan datang" katanya

Ini ekoran calon KEADILAN tewas tipis dengan majoriti 2,600 undi walaupun Pasir Salak merupakan kubu kuat Umno ketika itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20156

Tiada ulasan:

Catat Ulasan