07 di sungkai - Google Blog Search |
<b>Sungkai</b> bersama anak yatim <b>di</b> Kalabakan - Tawau Bloggers Unity Posted: 04 Aug 2011 10:01 AM PDT Aktiviti — By Maya on August 5, 2011 at 1:01 am PUASA keempat Ramadhan 1432H, seawal jam 3.30 petang rombongan kami tiba di Kampung Kalabakan untuk bersama-sama penduduk kampung untuk bergotong-royong menyiapkan juadah sungkai di perkarangan Masjid Al-Muqarrabah Kampung Kalabakan. Satu pengalaman yang menarik kerana semangat bergotong-royong seumpama ini sudah jarang dibuat samada di kampung apatah lagi di bandar. . . Potong bawang, perah santan kelapa, melapah daging ayam untuk menyiapkan bubur ayam, nasi kuning, bubur kacang… keseronokkannya buat semuanya lupa lapar dan dahaga berpuasa. Datuk Hamisa bersama skuad wanita UMNO Kalabakan, Pengawai Penyiaran Tawau FM, Ares Arapah, DJ Ramlah dan KRU Tawau FM tidak segan-silu mahupun kekok untuk membantu menyiapkan juadah sungkai. . Anak yatim yang sudah kehilangan ibu atau bapa mereka dari sekitar kampung Kalabakan begitu gembira menerima sumbangan serta dapat lagi berbuka puasa bersama wakil rakyat. Bila didekati, adik Hurul Ain Binti Salaman, 9 tahun memberitahu dia bersyukur dan gembira kerana dapat berbuka puasa bersama petang itu. "Selalunya hanya dapat berbuka ala kadar, mak pun jarang dapat berbuka bersama kerana akan berjualan sehingga malam," katanya yang kehilangan bapa sejak masih bayi lagi. Bila ditanya, mahu buat apa dengan duit saguhati, adik Hurul Ain berkata; "Saya mahu beli baju hari raya, beli peralatan sekolah," katanya. Popularity: 1% [?] Tags: anak yatim, ares arapah, Datuk Hamisa Samat, Kalabakan, Masjid Al-Muqarrabah Kampung Kalabakan, Pengawai Penyiaran Tawau FM |
You are subscribed to email updates from di sungkai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan