gambar sekadar hiasan
Tadi mak puteri beritahu mengenai kemalangan bas yang berlaku kat Behrang. Tragedi yang berlaku di awal pagi 11.11.11
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, puteri pun mencari secara online dan ini berita yang puteri perolehi
Setakat ini, 22 dilaporkan cedera dalam kemalangan di Behrang membabitkan bas dan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Manakala, mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri itu ialah pelajar Tingkatan Tiga, Khairul Anuar Azhan; guru, Siti Hajar; seorang wanita dan seorang lagi pelajar yang masih hilang.Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas yang dinaiki 44 penumpang termasuk pemandu dipercayai hilang kawalan kerana laluan berpasir sebelum terbalik dan mengentam belakang bas yang dinaiki kesemua mangsa.Rombongan dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands.
Mereka dijadual mengadakan rombongan tiga hari dua malam di ibu kota.
Sumber: Berita Harian Online
This entry was posted on November 11, 2011, 1:53 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan