07 di kerian - Google Blog Search |
- Amanat penting PM atasi banjir <b>di Kerian</b> 14 Jan - Utusan Online
- Jom Mancing <b>di Kerian</b> – Perak Today
- Amanat penting PM atasi banjir <b>di Kerian</b> 14 Jan.
Amanat penting PM atasi banjir <b>di Kerian</b> 14 Jan - Utusan Online Posted: 04 Jan 2012 01:43 PM PST Amanat penting PM atasi banjir di Kerian 14 Jan.IPOH 4 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat satu pengumuman penting bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda daerah Kerian apabila beliau hadir untuk merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2011/2012 di daerah itu 14 Januari ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pengumuman yang akan dibuat itu menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kesusahan penduduk di kawasan tersebut yang paling teruk menerima kesan banjir. ''Kawasan tersebut (Kerian) paling teruk terima kesan banjir. Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting di Kerian untuk atasi masalah banjir yang sering berlaku," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini. Semasa membentangkan Bajet 2012 lalu, Perdana Menteri menegaskan terdapat empat juta penduduk yang masih tinggal di kawasan berisiko banjir dan sebagai tindakan awal, kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perak, Perlis dan Johor dengan kos sebanyak RM1 bilion. Di Perak, tiga projek RTB ialah di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah; Perlis (naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau) dan Johor (RTB di bandar dan Sungai Segamat). Daerah Kerian memerlukan tebatan banjir yang komprehensif kerana daerah tersebut terlalu bergantung kepada Sungai Kerian bagi mengalirkan limpahan air ke laut. Menurut Zambry, Perdana Menteri dijangka tiba di negeri ini pada malam 13 Januari ini bagi menghadiri pertemuan dengan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC). ''Selain Kerian, Perdana Menteri akan berada di beberapa daerah lain. Kita akan mengumumkan program-program lain yang akan dihadiri Perdana Menteri kemudian, selepas melihat jadual beliau," katanya. |
Jom Mancing <b>di Kerian</b> – Perak Today Posted: 10 Dec 2011 09:09 AM PST |
Amanat penting PM atasi banjir <b>di Kerian</b> 14 Jan. Posted: 05 Jan 2012 06:56 AM PST Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pengumuman yang akan dibuat itu menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap kesusahan penduduk di kawasan tersebut yang paling teruk menerima kesan banjir.
|
You are subscribed to email updates from di kerian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan