Rabu, 29 Februari 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Isu tapak pelupusan sampah Ulu Johan: Kepentingan umum <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 02:02 AM PST

Kerajaan negeri bersetuju mewujudkan tapak pelupusan sampah di Ulu Johan, dekat Papan demi menjaga kepentingan wargakota bandaraya Ipoh dan bukannya kerana kepentingan politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah 11 bulan di Perak juga bersetuju dengan projek itu bagi menggantikan tapak pelupusan sampah di Bercham.

Justeru itu, beliau katanya, berasa hairan apabila Adun Tronoh, S Sivakumar cuba menjadi pembela nasib segelintir rakyat hari ini sedangkan projek itu juga dipersetujui ketika kerajaan pembangkang memerintah.

"Keputusan mewujudkan tapak pelupusan sampah di Ulu Johan bukan sahaja dipersetujui ketika kerajaan BN memerintah tetapi kerajaan PR yang menguasai negeri ini selama 11 bulan juga bersetuju dengan projek itu.

"Saya tidak faham kenapa pembangkang dan Sivakumar mahu jadi juara rakyat sedangkan tapak pelupusan sampah di Bercham sudah penuh dan kita memerlukan tempat baru untuk melupuskan sampah yang dibuang 200,000 warkagota Ipoh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, apabila kerajaan BN mahu melaksanakan projek itu, ia dibantah keras oleh pihak pembangkang tetapi di zaman mereka memerintah, projek ini dianggap sebagai baik pula.

Dalam perkembangan sama, Zambry berkata, kerajaan juga telah membuat kajian teliti berkaitan projek itu samada ia selamat atau sebaliknya.

Ini katanya, dilaksanakan bagi memastikan tidak timbul masalah lain di kemudian hari.

Sementara itu, kerajaan negeri juga jelasnya, mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengkaji punca banjir kilat yang berlaku di Gugusan Manjoi, 20 Februari lalu.

"Kerajaan negeri mahu JPS teliti punca yang membawa kepada banjir kilat di Gugusan Manjoi baru-baru ini yang turut disebabkan oleh hujan yang luar biasa hingga menyebabkan air sungai melimpah," tegasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan