07 di gerik - Google Blog Search |
TAHUKAH ANDA TASIK BANDING TERLETAK <b>DI GERIK</b>,PERAK Posted: 24 Feb 2012 09:28 AM PST (Hah tudia, tajuk entri ala ala TV pendidikan subjek Geografi) Tasik Banding, Gerik ,Perak. Kalau anda dari utara mahu menuju ke negeri pantai timur anda pasti akan melalui suatu kawasan yang saujana mata memandang. Tasik yang luas terbentang dikelilingi hutan tebal yang masih suci dan latarbelakang bukit bakau meninggi. Subahanallah, ciptaan Tuhan. Baru baru ini pada 2 Februari 2012 aku berkesempatan pergi ke sana sebab mengikut suami yang kena outstation di situ.. Kalau sebelum ini sekadar lalu saja kawasan ini tapi kali ni sempat bermalam di situ. Wah kedengaran cam adventerous ja kan, tapi bukan tido dalam hutan tebal berbumbungkan langit kalau dah nama pergi bersama anak-anak. Kami bermalam di Lakeside Banding Inn. Walaupun hotel ini dok tengah tengah kehutanan, tapi kemudahan yang terdapat di sini adalah menepati piawaian keselesaan hotel hotel di tengah bandar. Bilik yang selesa berserta balkoni yang menghadap tasik terbentang, tenang dan nyaman itu sudah pasti. Jangan risau bilik tiada nyamuk dan siaran astro pun ada. Adapun tujuan suami aku outstation ke sini adalah untuk rebranding semula hotel ini kerana pertukaran management , jadi beliau perlu memotret foto bagi keseluruhan kemudahan yang terdapat di sini termasuk aktiviti outdoor yang ditawarkan jika anda berada di Tasik Banding ini. Okay, nak jugak super ring tu. Sumpah all time fav junkie kot ! Serius, aku jeles tak dapat mengekoq suami mai ke sini kerana tak sesuai kot nak bawa si kecik 2 orang tu . Menyelusuri tasik jauh ke dalam hingga ketemu perkampungan orang Asli Temenggor, jungle trekking dan bermesra bersama alam. Bunga rafflesia menguncup . Mengembang sudah. Whooaaaa teruja walau hanya mampu lihat foto saja ! Anda juga boleh memilih untuk memancing di tasik ini. Semua pakej outdoor boleh rujuk dengan pihak hotel. Makan malam yang sesungguhnya lazat, terasa seperti masakan nenek di kampung. Ikan segar hasil pancingan di Tasik Banding menjadi santapan dalam versi masak cili padi. Ikan gemuk berlemak manis sekali. Dah tak dapat nak join masuk ke hutan, maka di habiskan dengan anak-anak di bilik dan kolam renang. Kolam renang ini di sini agak besar jugak dan yang paling menarik adalah dapat blend with the surroundings. Feeling ala-ala berendam dalam Tasik Banding wah tah- tah- ada- naga- tasik- chini -eh- apa- aku merepek ni ? Okay this place is highly recommended if you're looking for something serene, green & get going on your feet for some exciting outdoor activities. Lakeside Banding Inn offers quite an interesting package & definitely affordable rate for the accomodation & tasty delicacies. I'll surely dont mind to come here again ! |
You are subscribed to email updates from di gerik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan