Sabtu, 25 Februari 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Calon wakil rakyat Perak (2) | Malaysia Times

Posted: 14 Feb 2012 05:53 PM PST

February 15, 2012


Dalam Pas, aku tak berapa risau sebab ada 3 barisan kepimpinan . Barisan pertama dibarisi oleh orang-orang macam Nik Aziz, Haji Hadi, Azizan Razak. Berapa lama lagi barisan ni boleh bertahan aku tak tau. Kemudian diwarisi oleh barisan kedua yang nampak lebih progresif. Orang-orang macam Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad, Nizar.

Barisan ketiga pulak dibarisi oleh orang-orang macam Nasruddin Tantawi, Ku Is, Muhaimin dan Hafeez. Ada progresif dan ada konservatif.

Dalam PKR ni yang aku risau sikit..sebab walaupun ada kepimpinan tapi takut kena cantas. Di barisan pertama..cuma ada Anwar. Oleh kerana Anwar diangkat terlalu tinggi..maka kepimpinan yang lain tenggelam. Nothing grows under the shade.

Barisan kedua aku masih lagi mengharap kepada orang-orang macam Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh. Di barisan ketiga, ada juga yang aku respek macam Nurul Izzah, Rafizi, Chegu Bard. Lagi sapa ha? Dulu aku harapkan Nik Nazmi dan Amirudin Shari..tapi sekarang dua-dua ni pun dah lain macam sikit.

Kat Perak, nasib baik masih ada lagi yang aku boleh harap.

 Ini wakil rakyat yang selalu boleh harap. Bila member kena cekup kat Kuala pun, dia boleh turun. Bila-bila masa nak cari tempat untuk mesyuarat atau buat program..dia sentiasa boleh tolong. Chang Lih Kang, ADUN Teja, memang boleh diharap dan tak susah untuk dihubungi.

Lagi sorang ialah Chan Ming Kai. ADUN Simpang Pulai. Walaupun aku jarang berhubung dengan dia..tapi muka dia selalu ada kat pentas ceramah…ataupun majlis-majlis orang Melayu. Selalu ditemui dengan memakai baju Melayu siap dengan songkok dan bila berceramah selalu memetik hadis.

Kesavan masih boleh bertahan di Hutan Melintang. Walaupun satu masa dulu semasa Perak tengah kecoh…Kesavan juga goyang sikit, tapi apabila dia masih lagi bertahan dalam PKR..yang tu aku kena bagi kredit. Tak macam Gobala yang dah melompat.

Aku pernah membuat audit di Hutan Melintang dan aku boleh kata, jentera Hutan Melintang adalah diantara yang terbaik dikalangan seluruh jentera pilihanraya PKR.

Sorang lagi yang boleh diharap untuk memperrtahankan kerusi ialah Yunus Jamhari di Kuala Kurau. Dia boleh jadi ADUN yang prihatin dengan rakyat..tapi Yunus memerlukan think-tank disekelilingnya untuk melahirkan idea-idea kreatif. Yunus adalah grassroot man, bukan competent legislator.

Bintang yang sedang bergemerlapan sekarang ialah Siti Aishah. Ada karisma dan boleh menarik peminat..tapi Aishah masih belum ada grassroot support yang kuat. Dia masih lagi "floating" dari satu pentas ke satu pentas. Dia perlu mengurangkan program ceramah yang terlalu kerap dan memberi tumpuan kepada sesuatu kawasan untuk  menyediakan tapak yang kuat.

Sorang lagi bintang baru tapi mungkin kurang dikenali dikalangan masyarakat Melayu ialah Chua Yee Ling. Mungkin pasal dia cuma selalu keluar dalam suratkhabar Cina. Amoi Slim River ni patut diketengahkan terutamanya disekitar Tanjong Malim.

Ok…ada 6  calon pilihan dari PKR dikalangan anak muda yang boleh membantu Pakatan menawan Perak.Tapi cukup ka?

Ada kelemahan dan kekuatan anak muda dari Pas dan PKR ini.

Anak muda dari Pas ramai yang mempunyai kelayakan tinggi…tapi tak cukup popular untuk menarik pengundi. Anak muda dari PKR pula boleh menarik pengundi untuk menang, tapi tidak mampu melahirkan idea-idea kreatif. Masing-masing masih lagi terbawa-bawa dengan stail ceramah…tanpa melontarkan idea-idea bagaimana hendak mengurus kemenangan. Masing-masing mengharapkan isu-isu nasional untuk menarik pengundi.

Sekarang kita tengok secara keseluruhan tapi masih lagi dalam lingkungan Pas dan PKR. Aku tak mau sentuh DAP sebab DAP dah ramai pemimpin muda. Kebanyakannya berumur dibawah 50 tahun.

Pas dan PKR bertanding sejumlah 42 kerusi di DUN Perak. Dari jumlah 9 yang aku sebut disini, kemungkinan besar Aishah dan Yee Ling akan bertanding Parlimen. Tinggal lagi 7 orang yang semuanya lelaki.

7 daripada 42…hanya 17% calon anak muda? Dan tak ada sorang pun wanita. Apa persepsi aku?

Aku tengok dari dua sudut. Politik cina dan politik Melayu.

Dalam politik Cina, depa sentiasa mencipta pemimpin dengan menganjakkan anak muda kedepan. Lih Kang, Yee Ling dan Ming Kai bukan lahir dari sistem perkaderan PKR. Depa adalah anak didik Lee Boon Chye. Yunus Jamhari naik secara tak sengaja sebab tak ada calon masa PRU 2008. Kesavan juga langsung tidak dikenali sebelum 2008. Siti Aishah…aku komen last sekali.

Masalah dalam Pas dan PKR ialah ruang yang terlalu sempit diberikan untuk anak muda dan wanita. Bukan kerana sistem dalam parti itu yang mengongkong..tapi kerana budaya politik dalam parti itu yang kurang sihat.

Cuba tengok dalam Wanita PKR Perak. Langsung tidak progresif. Orang yang sama aku kenal sejak 2003 dulu sampai sekarang masih lagi dipimpin oleh orang yang sama. Tak ada muka baru. Yang baru dalam wanita PKR pun sudah menopause. Wanita muda tak ada peluang untuk naik dalam Wanita PKR Perak kerana budaya politik yang tidak sihat. Ada saja yang muda dan lebih baik…depa dilihat sebagai ancaman..dan perlu disingkirkan.

Dalam satu Kongres PKR..salah satu resolusi yang diluluskan ialah 30%  kuota  untuk wanita dalam pemilihan calon. Tapi kalau aku tengok dalam kepimpinan Wanita PKR Perak…tak ada sorang pun yang lulus piawaian aku. Yee Ling orang Perak..tapi dia tak boleh tumbuh di Perak..sebaliknya kena pergi ke Selangor. Siti Aishah boleh tumbuh sebab dia naik melalui Serikandi..kalau dia cuba naik melalui Wanita PKR Perak…dia pun dah lama kena cantas.

Budaya cantas mencantas inilah yang menyebabkan Wanita PKR Perak ketandusan pokok yang subur. Sebaliknya hanya penuh dengan semak samun. tak percaya…hangpa pi mana-mana program wanita PKR dan cuba cari awek-awek yang cun dan bergetah. Toksah harap la.  Semuanya dipenuhi dengan pokok getah yang dah mambung.

AMK Perak juga macam tu. AMK sepatutnya menjadi batu loncatan untuk mengetengahkan kepimpinan muda. Tapi oleh kerana budaya politik yang diketuai oleh Shamsul Iskandar, maka AMK hanya berfungsi sebagai tukang escort Anwar ataupun menjaga lalulintas masa ceramah.

Hangpa jangan marah kat aku!! Kalau aku kutuk hangpa…dan orang kutuk aku balik sambil memberikan hujah yang diterima oleh orang lain..hangpa tak ada masalah. Tapi kalau aku kutuk sikit..dan orang diluar sana tambah semangkuk lagi macam komen OM dibawah ni…yang tu hangpa ada masalah sebab ia bukan persepsi aku sorang..tapi ramai lagi orang diluar sana yang melihat AMK macam tu.

Ini komen dari OM.

"abg mat, kalau nak tgk 'pimpinan tinggi'amk perak tunggu anwar dtg perak…..samada jadi driver pengiring, penyambut, bodyguard dan melaungkan reformasi. Itu masa yg 'terbaik' nak jumpa depa, nanti abg mat kempunan tak kenal depa….lebih baik letak calon auntie anne – bersih dr ketua pemuda pas atau ketua amk!"

Lu pikir la sendiri.

Pas pula mempunyai ahli yang ramai. Penuh dengan mereka yang jauh lebih berkelayakan..tapi mengapa masih gagal melahirkan pemimpin muda? Mengapa tidak ada seorang pun dari kalangan Muslimat Pas yang menonjol diluar parti?

Aku tau, kalau tanya orang Pas..depa boleh sebut ramai pemimpin muda baik dikalangan Pemuda Pas dan Muslimat..tapi apabila orang diluar Pas macam aku tak kenal sapa depa..itu masalah

Aku banyak kali pergi program-program Pas. Ramai wanita muda yang cun dan menawan dalam Pas..tapi setakat menjadi penyambut tetamu ataupun pengedar risalah. Bila sampai ke majlis Pas..cukup seronok sebab disambut dengan senyuman..fuiyo!!. Come on la..dirty old man needs love too.

Tapi bila sampai kedalam dan melihat barisan kepimpinan yang ada diatas pentas ataupun dibarisan depan..hilang mood. Kena pulak dengar depa berceramah..tak stim langsung.

48% pengundi-penggundi Perak berumur dibawah 40 tahun. Tapi hanya 17% bakal calon dari anak muda. Kalau aku yang tua pun tak stim..hangpa ingat yang muda-muda syok ka?

Hei..bukan tak ada kepimpinan muda dalam Pas!! aku tengok ramai yang berbakat..tapi mungkin pasai dalam Pas tak ada talent scouting dan talent building..itu pasai tak ada yang menonjol.

Tiap-tiap malam ada ceramah yang dianjurkan oleh Pas atau PKR. Jadikanla tempat ini sebagai akademi untuk menjonjolkan kepimpinan muda. Ni asyik-asyik Ketua Cawangan yang bila bercakap pun berbuih mulut.

Itu pasal dalam setiap ceramah…walaupun ianya bermula jam 9 malam, tapi orang akan datang jam 10 malam. Sebab depa tau, sejam pertama itu adalah ucapan Ketua Cawangan atau YDP kawasan. Depa malas nak dengar dah. Dan cuba letak wanita muda dalam PAs sebagai Pengerusi Majlis..ada la seronok sikit.

Ok..last sekali, aku komen pasal Siti Aishah. Kalau aku tak tulis nanti…Adieputra frust pulak. Sebabnya..belum aku tulis lagi…dia dah jolok nama Siti Aishah. Takut-takut aku tertinggal.

"hmm.. calon pkr, aishah dah tentu dalam senarai.. tak gitu abang mat"

Aku mula kenal dia semasa PRK Permatang Pauh tahun 2008. Dia bukan ahli PKR masa tu sebaliknya bersama-sama dengan Muslimat Pas dari Bagan Datoh. Kali pertama aku jumpa..aku dah tertawan. ha.ha.ha. Aku tau, sekarang ni ramai orang tua yang tergila-gila kat Siti Aishah…tu pasai tak renti-renti orang panggil dia ceramah.

Aku tarik dia dari Pas tapi dalam masa yang sama aku tak bagi dia masuk PKR sebab kalau dia masuk PKR..dia akan layu ditaman Wanita PKR Perak. Yang lain aku tak mau cerita…nanti ada orang kecil hati.

Sekarang dia sudah jadi bintang dalam PKR. Alhamdulillah. Aku pulak sudah jadi "pengkhianat".ha.ha.

Category: Dunia Blogger, Matsamankati | RSS 2.0 Both comments and pings are currently closed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan