07 di pengkalan hulu - Google Blog Search |
colours ~: Hari Kedua <b>di Pengkalan Hulu</b>.. Its memorial ~ Posted: 19 Feb 2012 02:44 AM PST Assalammualaikum.. Isnin, 13 Febuari 2012........... Fuhhh... sejuknya pagi ni. Sejuk mengalahkan air-cond padahal bilik yang saya tidur ni takde air-cond dan kipas. Oh! baru teringat. Masih lagi berada di Pengkalan Hulu!! Seronoknya! Patutlah sedap je tidur rasa macam nk sambung je tidur balik. Tapi mengenangkan kewajipan utama sebagai Islam tak dilaksanakan, gagahkan jugaklah diri ni bangun jugak.. Dalam pukul 9.00 pagi, Pak Andak (suami Mak Andak) hantar saya dan Ili ke MRSM Pengkalan Hulu. Hati ni asyik berdegup pantas je. Terasa nervous tapi excited! Entah kenapa la tetiba nak nervous pula ni. Ezzati, awak tu dah habis SPM. Dah masuk degree pun. Takkan masuk sekolah menengah pun nak nervous lagi..(Entah la.. masih terasa lagi kenangan masa mula-mula masuk maktab. Seolah-olah macam daftar sekali lagi).. Bila kami sampai pondok pak guard maktab, pergh.. Nervous gila! macam-macam soalan dah dalam fikiran ni. Ingat lagi tak cikgu pada kami (batch pertama MRSM Pengkalan Hulu)? Banyak ke perubahan pada maktab ni? Ramai ke cikgu yang dah pindah.. Perasaan waktu tu bercampur-campur. Fuh.. Berdebar! Perkara pertama sampai maktab, kitaorang terus pergi pejabat selesaikan segala urusan. Rupa-rupanya, akak-akak pejabat masih lagi ingat kami. Itulah yang bestnya di MRSM PH ni. Hubungan kami dengan staf sangat rapat even cleaner pun kami rapat. Gembira bila kami masih dapat berpelukan dan bertanya khabar. 2tahun adalah masa yang agak lama bagi kami sehingga banyak perubahan yang berlaku di maktab. Pengetua juga telah bertukar. Maktab semakin cantik. Banyak gambar yang kami ambil tapi tak boleh upload kat blog..=( Kami dapat jumpa cikgu Yuhaniza (guru bio). psst.. Cikgu dah mengandung tau! hehe.. Then, pergi bilik guru sembang2 dengan Cikgu Khairil, cikgu Juliana, Mr Yunn, cikgu Shapiza.. Jumpa cikgu Shapiza tu kecut gak perut walaupun dah tak belajar dengan dia.. Ayat pertama cikgu cakap kat saya: Haa. Ezzati ni. Kuat main facebook.. hehe = p. alamak kantoi! ramai cikgu sibuk sebab hari tu, (Isnin, 13 Febuari) hari pertama mengajar form 4..So, kami hanya dapat bercakap sekejap je dgn cikgu Hazlin, Ustaz Subri, Ustazah Norhasimah, ramai lagi la... Then, kami minum2 sikit dengan cikgu Engku Lin, cikgu baru dan Ustazah Desmariatul.. sembang-sembang pasal masa depan, pasal maktab. Cukuplah untuk hilangkan rindu kami pada maktab. hehe.. 11.50 pagi, kami bergerak ke 507 atas jemputan Cikgu Khairil untuk bagi sedikit talk semasa subject Sivik tentang course, SPM, universiti, mock-interview, etc..Ili lebih banyak memonopoli talk sebab dia lebih banyak info pasal hal-hal ni... heheh.. mana yang saya tau saya topup la sikit. ngee~ (kena banyak membaca la lepas ni.) Habis je masa Sivik, kami mohon diri dan saya pun pergilah melawat 504 (kelas sendiri). kelas wanted tu! hehe.. Kelas yang paling bising la..(saya tak bising..sy baik.hehe. ye ke baik?) bergambar sikit, dan terus ke makmal.. terjumpa pula cikgu Jasmi. cikgu fizik paling cool! korang jgn tak tau. maktab kita dah ade taman Sains tau. Kat area-area lab la.. Siap dengan kandang ayam lagi! Cantik. again, xleh upload gamba.. Then, pergi bilik kaunseling, jumpalah kaunselor kami yang sangat dedicated! Dan dari situlah munculnya idea untuk membuat program motivasi pada bulan Julai ni. Program ini akan melibatkan 40 orang bekas pelajar MRSM PH sebagai fasilitator untuk membantu junior kami di sini. Di samping itu, bolehla buat reunion kecil-kecilan. Insyaallah kertas kerja saya akan hantar esok (20 Febuari) kepada pengetua maktab untuk membantu adik-adik kami di sini.. Mudah-mudahan diterima. Amin.. Selepas berbincang dengan kaunselor kami, saya dan Ili berjalan-jalan di maktab sebelum pulang ke rumah Mak Andak. Dari bilik seni lukis ke bilik R&R hinggalah ke bilik kami semasa belajar. Korang, bilik Rehat dan Rawat (R&R) dah lawa tau! ada air-cond lagi! hehe..(bangga jap sbg biro kebajikan) susunan perabot dalam bilik pun dah diubah. Bilik nampak lebih kemas dan teratur serta luas! Sekali lagi, gambar xleh upload..=( (P109 sekalian, aku dah masuk bilik kita! ) Ili pun sama gak excited tgk bilik die.. Bukan aku sorang je.. Kesian, budak kat bilik tu, tercengang-cengang tengok senior excited tngakap gamba dgn katil dan loker.. hehehe.. dalam pukul 3 petang, kami pun pulang ke rumah Mak Andak. Petang tu, selesai makan tengahari dan nap sekejap kami berjalan-jalan ke tasik berhampiran. Hilangkan kepenatan dan menghirup angin petang. Pengkalan Hulu dah banyak berubah. Dulu, tasik ni kering. tapi sekarang dah ada air. Ekonomi pun berkembang. Tak lama lagi akan ada pekan baru di sini.. Pengkalan Hulu semakin maju. Malam tu, lepas dinner kami hanya duduk tengok tv dan sembang-sembang. Saya apalagi kalau dah jumpa novel bertimbun di bilik anak perempuan Mak Andak.. Membaca novel je la memanjang.. hehe.. Malam itu, kami tidur dengan kepenatan.. Selamat malam Pengkalan Hulu!! ~zett~ |
You are subscribed to email updates from di pengkalan hulu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan