Jumaat, 24 Februari 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Orang ni: Kursus <b>di Pangkor</b> : 22 Pelajar, Seorang Pensyarah <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 04:24 PM PST

Seramai 22 pelajar dan seorang pensyarah kolej swasta di Kuang, Selangor, didapati positif menghidap Chikungunya.
Perkara ini disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, hari ini.
Beliau berkata mereka adalah antara 88 pelajar dan enam pensyarah yang menghadiri kursus di sebuah pusat peranginan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak, pada 17 hingga 19 Januari lalu.
Dalam satu kenyataan di sini, Dr Hasan berkata seramai 53 pelajar dan pensyarah berkenaan mengalami deman, batuk, sakit badan, kepala dan sendi mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dari 6 hingga 9 Februari lalu.
"Sembilan daripada mereka dimasukkan ke wad kerana memerlukan pemantauan dan rawatan lanjut. Semua kes yang dimasukkan ke wad dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.
Dr Hasan berkata, keputusan ujian makmal terhadap 53 sampel darah diambil daripada pelajar dan pensyarah berkenaan mempunyai gejala dan 22 kes yang mendapatkan rawatan di PPUM, disahkan positif penyakit Chikungunya.
Katanya, ujian antibodi menunjukkan dua sample adalah negatif manakala 29 lagi kes masih menunggu keputusan.
"Seorang pensyarah yang mengalami deman, sakit kepala, muntah dan batuk disahkan positif Chikungunya dan Leptospirosis," katanya.
Beliau berkata, jangkitan Chikungunya berpunca daripada virus dan disebarkan daripada satu individu kepada individu lain oleh nyamuk Aedes, dan penyakit mudah merebak terutama di kawasan populasi nyamuk yang tinggi serta di tempat pembiakannya.
"Pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati tempat di mana pesakit menginap di pusat peranginan di Pulau Pangkor itu mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi sehingga lima peratus. - BERNAMA
Zambry sibuk raikan lawatan Najib ke Perak...
Zambry sibuk raikan lawatan Mahyuddin ke Perak...
Zambry sibuk raikan lawatan Shafie Afdal ke Perak..
Zambry sibuk dengan politik untuk pertahankan kuasa di PERAK...
Sudah 2817 kes AGE di Perak...Zambry baru terhegeh-hegeh buat sibuk..??
Kini nyamuk Aedes banyak di Pangkor kawasanya sendiri yang menyebabkan wabak jangkitan Chikungunya pula... Bala dan Penyakit bertimpa-timpa di Perak Zambry masih sibuk dengan agenda mempertahankan kuasa politiknya..
Poster Pembawa Wabak Di Perak
3P- Perompak,Perampas,Penyakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan