Jumaat, 24 Februari 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di batu gajah - Google Blog Search


Roketkini.com >> Banjir <b>di Batu Gajah</b>

Posted: 20 Feb 2012 07:56 AM PST

BATU GAJAH, 21 FEB: Banjir besar telah melanda kawasan Batu Gajah sejak 10 tahun lalu akibat limpahan daripada Sungai Kinta.

Dianggarkan kira-kira 200 rumah menjadi mangsa dalam banjir pada Ahad malam lalu yang belum diketahui punca sebenarnya.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Pekan Lama Batu Gajah, Tokong Sam Wong Kong, Kampung Jerneh, Kampung Serani, Kampung Sentang, Kawasan berhampiran dengan pasaraya TR Batu Gajah dan beberapa tempat yang lain.

Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata, walau pun kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah membelanjakan berjuta-juta ringit, masalah ini masih wujud lagi, membawa persoalan apa yang sebenarnya telah dilakukan.

"Saya meminta supaya pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberikan laporan lengkap berhubung dengan masalah banjir ini," katanya.

Beliau yang juga Adun Tronoh telah membantu mangsa-mangsa banjir yang memberitahunya bahawa mereka amat sedih kerana kehilangan banyak barang-barang rumah.

"Peniaga-peniaga juga dalam keadaan duka cita kerana kehilangan harta benda dan perniagan mereka terganggu," katanya, menjelaskan bahawa jalan besar di Pekan lama Batu Gajah yang banjir menyebabkan kedai-kedai ditutup dan menghadapi gangguan lalu lintas kerana jalan itu ditutup. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved