Jumaat, 24 Februari 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


KAJIAN UM : PERSEPSI PENGUNDI <b>DI NEGERI PERAK</b>

Posted: 15 Jan 2012 04:38 PM PST


KAJIAN UM : PERSEPSI PENGUNDI DI NEGERI PERAK 2011

BACA, FAHAM DAN SEBARKAN, TERIMA KASIH

45% daripada rakyat Perak dah tak perca...ya kat BN. Kalau ini diterjemahkan kepada undi, BN akan bungkus. Ini yang tidak mampu diterima oleh BN Perak sebab kalau depa kalah, maka itu membuktikan bahawa rakyat Perak sudah meluat dengan BN, terutamanya apabila BN mendapat kuasa dengan cara tak demokratik.

Jangan ingat dengan RM100.00, RM500.00 yang dijanjikan oleh BN itu dapat menarik minat rakyat Perak untuk mengundi BN. Rakyat Perak dah tak peduli dengan gula-gula pilihan raya. Bagi..ambil. Tak bagi..no hal. /tinta mutiara

KERENGGA: Panas! Skandal Bakal Adun <b>Negeri Perak</b> Yang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 03:06 AM PST




Senario di Negeri Perak semakin PANAS, terutamanya di kawasan Beruas. Azman Noh yang memegang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Beruas telah melakukan 'onar' dan memalukan orang-orang di Negeri Perak. Apa yang berlaku ini patut di gunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat sekiranya Azman Noh ini di calonkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Sebelum ini, beliau pernah di hadapkan di mahkamah atas dakwaan rasuah. Baca petikan di mstar pada 2009 seperti di bawah :-
"Tertuduh Azman Noh, 42, yang juga merupakan seorang kontraktor didakwa secara rasuah memberi suapan RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober lepas di sebuah rumah beralamat No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar dekat sini kira-kira 12 tengah malam.
Azman yang juga bekas seorang pendidik didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya Davad @ Daud melakukan satu perkara iaitu memilihnya bagi jawatan Naib Ketua Umno bahagian itu dan Abdul Manaf Hashim bagi jawatan Ketua Umno pada pemilihan bahagian Beruas pada 12 Okt lepas."
Kali ini, ceritanya lebih menarik kerana ia melibatkan skandal seks yang terhebat di Negeri Perak. Menurut sumber-sumber yang sangat rapat dengan beliau, Azman dan 'pasangan wanita nya' telah menghabiskan banyak masa yang 'intim' di Singapura dan juga Haadyai, Thailand. Mereka dikhabarkan tinggal sebilik di tempat-tempat yang dilawati ini dan berkelakuan seperti 'suami isteri'. Malah yang paling memalukan ialah apabila mereka juga berani tinggal sebilik semasa Perhimpunan Agong UMNO tidak berapa lama dahulu.
Di khabarkan, 'skandal' hebat mereka ini telah terbongkar seperti meletusnya gunung berapi yang sangat hebat. Di khabarkan juga 'pasangan wanita nya' ini sedang berperang besar dengan suaminya akibat terbongkarnya skandal ini.
Mungkin berbagai-bagai penafian boleh di lakukan oleh 'merpati dua sejoli' ini . Adalah paling baik kalau sekiranya 'merpati dua sejoli' ini melakukan sumpah laknat di dalam masjid bagi membuktikan mereka tidak bersalah. Kalau mereka tidak melakukan sedemikian, bermakna mereka memang bersalah dan suami 'pasangan wanita' ini DAYUS sekiranya membiarkan perkara ini berlaku.
Eloklah apa yang berlaku di Beruas ini kerana Azman Noh berperangai seperti ini, manakala Dato Hamdi juga sama juga dua kali lima. Salah seorang lagi yang turut merancakkan suasana ialah seorang cikgu sekolah bernama Cikgu Azizi yang kerja sampingannya membuat perniagaan menyewa khemah untuk majlis-majlis keraian. Beliau yang sangat rapat dengan Ketua Bahagian, telah mendapat peruntukan dari MPP untuk menternak ayam dan kambing. Setahu saya, mana boleh kakitangan kerajaan berniaga? Apakah tindakan Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Daerah berkenaan perkara ini?
Baguslah biar mereka semua berebut dan Pakatan Rakyat yang akan menguasai kawasan ini. Selamat Berjuang!!!!!

Kulaan Niring: Kerajaan <b>Negeri Perak</b> Semak Semula Isu <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 08:38 PM PST

Kerajaan negeri Perak akan menyemak semula isu permohonan tanah pertanian di negeri itu yang didakwa mempunyai masalah daripada segi tempoh pajakan dan kelewatan pemprosesan hak milik, seperti mana pernah dibangkitkan oleh MCA, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata, kurniaan hak milik tanah pertanian yang dibuat melalui agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan tempoh pajakan 30 tahun menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank turut dikemukakan kepada kerajaan negeri.
Dr Soi Lek mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon untuk menangani isu permohonan tanah pertanian yang boleh dikatakan telah tertunggak begitu lama.

"Hampir 3,200 hektar dengan melibatkan 1,680 petani kini dalam proses peringkat akhir untuk diluluskan manakala 2,000 permohonan yang mengambil masa sejak zaman dahulu, kami yakin isu ini juga akan dapat diselesaikan oleh Zambry," katanya kepada pemberita di sini hari ini."
Katanya, pelbagai isu tanah telah dibincangkan bersama-sama Menteri Besar antaranya cadangan tempoh pajakan tanah 30 tahun dilanjutkan kepada 60 tahun supaya petani boleh mendapatkan pinjaman munasabah daripada pihak bank memandangkan pertanian di Perak menggunakan teknologi tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan