07 di kamunting - Google Blog Search |
Kemalangan ngeri <b>di Kamunting</b> Posted: 17 Feb 2012 08:55 PM PST Tragedi ni berlaku awal pg td...dlm kul 7pg cenggitu laa. Berlaku kat jalan di depan stesen Petronas Kamunting. Pagi ni aku hantar akiss ke sekolah ngan motor. Dia ada pertandingan tilawah Al-Quran peringkat zon. Sekolah dia jd tuan umah. Ok..citer lg.. Balik tu..aku lalu lg situ. Bkn takleh nk lalu jalan alternatif lain kalo nak balik umah...tp biasalah, nk menyebok kat situ amek berita, hehe. Kat bawah tu, menurut org ramai yg dh lama berada kat situ....ada sorang mangsa yg terhempap oleh badan lori sampah tersebut. Apa?? Terhempap?? Ya Allah... Aku pun balik umah..citer kat abg. Aku ajak abg gi tgk BOMBA, Polis dan sebagainyalah menangani kemalangan tersebut. Kitorang pun kuar ngan motor jer.. Pemandu kereta proton iswara menghala ke Taiping telah memandu laju dan memotong jalan di garisan double line tu. Dari arah bertentangan...lori sampah jg dikatakan laju ler jgk...tp bygkan laa...laju pd kenderaan yg ada beban bertan-tan ni...bila dh cuba nk mengelak dari terlanggar kereta iswara td ni...mesti lah semacam tak tentu arah dh...brek, stering, kepanikan pemandu...semuanya tak terkawal. Mgkn disebabkan tu lah frame sepasang tayar yg ada di kepala lori tersebut tercabut dan kepala lori tu tergesel di atas jalan beberapa meter sebelum terbalik.Gambar 1 & 2:- ...ramai yg mengerumi nk tgk keadaan mangsa. Bila polis bukak plastik itam utk diambil gambar...lg ramai yg dtg mengerumun dan ramai jgk ler jurugambar bebas mengambil gambar sama, mm... Keadaan mangsa sangat menyedihkan. Kakinya terlipat, muka mengadap jalan dan...mm, rasanya tak patut aku citer kat sini yg lain2 tu. Mgkn masa tu dia dh lompat dari lori tp tak sempat nk lari jauh sket... Gambar 3 & 4:- **Ya Allah Ya Tuhanku...mintak dijauhkan lah.. Honda civic baru tu aku rasa belah depan jer..tp pemandunya takde apa2 lah. Tu pun sebab takde kete lain rempuh dari belakang dan masa kejadian mgkn kete tu tak dipandu laju. Kemudian sampai lagi satu kren...nk bekerjasama ngan kren lg satu utk mengangkat dan mengalihkan lori sampah ni ke tepi jalan. Pihak berkenaan nk bersihkan jalan bg membolehkan jalan tersebut dh boleh digunakan semula. Kat jln ni...boleh dikatakan tiap2 tahun ada kemalangan maut, nau'zubillah. Gambar 1,2,3 & 4....menunjukkan 2 buah kren terpaksa digunakan utk mengalihkan lori sampah yg berat bertan-tan ni ke tepi jalan..huh!! Tayar tercabut tu pun kena guna kren tu...tayar pun dh berat, inikan lorinya. Suasana kat situ seperti biasalah...ramai yg kena jd pemberita dan penyampai berita bila ada org yg baru singgah utk mengetahui tentang kemalangan tersebut, hehe. Ni sorang lagi, hahaha. Sebenarnya aku dh nk balik...dh kat motor dh..tp masa lalu kat kete wira ni, kakak tu tahan nk tanya psl kejadian, hmm. Kena ler bercerita sket dan menjawab soalan2 darinya, hihi. Agaknya nk tunggu suami dia lambat sgt...masih kat sana lg. Tu yg dia tanya kat aku tu. Dia kata dia bukan takmau tgk tp dia lemah semangat...mm.. Skang pun aku jd pemberita gak kan...berita blog, hehe. Dari sana..aku ajak abg singgah pasar kejap... Ada jgk beli labu....nk try wat lepat labu ler. Tgk resepi mcm senang jer...(harap2lah betullah senang, hehe) |
Juruwang pasaraya <b>di kamunting</b> disuruh pegang daging babi <b>...</b> Posted: 21 Jan 2012 05:14 AM PST SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya. Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain." Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak. Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya. Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya? Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian. Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini. JURUWANG TERANIAYA |
You are subscribed to email updates from di kamunting - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan