Jumaat, 10 Februari 2012

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Aktiviti Selepas UPSR 2011 : Kenangan <b>Di Pasir Salak</b>

Posted: 01 Jan 2012 05:54 AM PST

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bertam Indah telah dibuka pada 17 Februari 2003. Dibina di atas tapak seluas 5.54 ekar dan keluasan padang 2.50 ekar. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai seramai 281 orang murid lelaki dan perempuan dan mempunyai 30 buah bilik darjah. Tenaga pengajar pula hanya 19 orang.

Pada permulaannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Taman Bertam, kemudian ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bertam Indah. Pada tahun 2004, jumlah murid yang memasuki sekolah ini meningkat kepada 656 orang dengan tenaga pengajar seramai 34 orang di samping staf bukan guru seramai 2 orang. Pada tahun 2005, jumlah murid meningkat kepada 950 orang sementara tenaga pengajar pula seramai 50 orang.

Jumlah murid yang memasuki SKBI terus meningkat kepada 1032 orang pada tahun 2006, menjadikan jumlah guru yang mengajar di sekolah ini seramai 57 orang. Manakala pada tahun 2007, jumlah murid bertambah kepada 1161 orang dan jumlah guru pula seramai 62 orang.

Pada sesi persekolahan 2009, Sekolah Kebangsaan Bertam Indah beroperasi secara 2 sesi di mana sesi pagi menempatkan pelajar tahun 4,5 dan 6 sahaja. Di sebelah petang pula pihak sekolah menempatkan pelajar tahun 1,2 dan 3 manakala jumlah pelajar pada sesi ini pada 31Januari 2009 seramai 1282 orang.

Visi Sekolah


Sekolah Kebangsaan Bertam Indah akan menjadi sebuah sekolah yang GEMILANG dan TERBILANG dalam semua bidang di peringkat KEBANGSAANmenjelang 2015

Misi Sekolah


Untuk merealisasikan VISI , kami akan memastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya melalui usaha meningkatkan kecemerlangan.

A. Berusaha meningkatkan pencapaian akademik para pelajar ke tahap maksima.
B. Mengamalkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian.
C. Mengamal dan menerapkan budaya penyayang.
D. Memastikan keadaan persekitaran sekolah sentiasa selamat.

Piagam Sekolah


Bahawa kami warga SK Bertam Indah berjanji untuk memberi pendidikan yang sempurna ke arah kecemerlangan melalui pendekatan berikut:

Murid
- Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan
- Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil
- Memastikan murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa,sebulan sebelum sesi persekolahan berakhir
- Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa

Guru
- Memastikan setiap guru mengajar mengikut opsyen masing-masing
- Memastikan guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa sebarang halangan dan berkhidmat dengan penuh dedikasi
-Memastikan kebajikan guru tidak diabaikan
Waris
- Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra
- Segala aduan akan disiasat dan maklum balas tidak lebih daripada tiga hari bekerja

Kementerian Pelajaran
- Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak kementerian pelajaran diambil tindakan slewat-lewatnya 2 hari selepas surat arahan diterima
- Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian 04-.5791379

Maklumat Sekolah


No. Kod Sekolah : PBA2034
Negeri : Pulau Pinang
Daerah : Seberang Perai Utara
PPD : Seberang Perai Utara
Gred Sekolah : B
Jenis Sekolah : Harian
Jenis Murid : Lelaki / Perempuan
Jenis bantuan : Bantuan Penuh
Sesi : Pagi
Kategori Sekolah : Bandar
Waktu Operasi : 7.40 pagi – 1.40 petang


Lagu Sekolah


Tajuk : Berilmu, Beramal, Berbakti.

Tersergam indah sekolahku,
Di sinilah kami menjana minda,
Sekolah Kebangsaan Bertam Indah,
Cerdas minda mencipta lagenda,

Berilmu, beramal, berbakti,
Itulah cogan kami,
Berbekal semangat jatidiri,
Dengan wawasan yang suci,

SK Bertam Indah cemerlang,
Kami warga gemilang,
Pemangkin rakyat terbilang,
Selamanya namamu dijulang.

Kenali Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Bertam Indah

Jawatankuasa Pentadbiran 2012

Pengerusi : Pn Halimatun Saadiah Said

Naib Pengerusi 1 : En Norhalim Ithnin

Naib Pengerusi 2 : Pn Ubaidah Anas

Naib Pengerusi 3 : En Mior Darul Ridzuan

Setiausaha : Pn Robiah Che Mat (PRA)

AJK :

Pn Noraisah Awang (PRA)

Pn Siti Shuhada Daud (PRA)

Cik Rashadah Omar (PRA)

Pn Norhayati Mohd Radzi (PAR)

Pn Puteh Murat (PAR)

Pn Nadzrah Abu Bakar (PRA)

Pn Hayati Saed (PRA)

Cik Nurhayati Md Isa (Juruteknik)

Jawatankuasa Kurikulum 2012


Pengerusi : Pn. Hjh.Halimatun Sa'adiah bt. Said

Timbaalan Pengerusi : En. Norhalim B. Ithnin
Naib Pengerusi 1: Pn. Ubaidah Bt Anas
Naib Pengerusi 2 : En. Mior Darul Ridzuan B Kamarun Zaman
Setiausaha : Pn. Norduriah Bt Mat Daud
Senarai Ketua Panitia

Bahasa Melayu : Pn. Faizah Bakar

Bahasa Inggeris : Pn Jamaliah Mat Isa

Matematik : Pn Marini Abdul Rashid

Sains : Pn Shumaimah Aziz

Pendidikan Islam & Arab : Pn Zuridah Jamaludin

KT & Sivik : Pn Salmah Hashim

PSV : Pn Noorain najmuddin

PJK : Pn Sukarti Tasrid

Muzik : Pn Nasirah Mat Saad

Kemahiran Hidup : Pn Mimi Arliza Hanim Hashim

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 2012

Pengerusi : Pn Halimatun Saadiah Said
Naib Pengerusi : Pn Ubaidah Anas

Setiausaha : Pn Aniza Mohammad

AJK

Disiplin : En Mohd Nizam Mustafa

Bimbangan & Kaunseling : Pn Umi Kalsum Ismail

Kebajikan : Pn Sharifah Yahya

Kantin : Pn Muna Yusoff

RMT/Susu : Pn Noorduriah Mat Daud

SPBT : Pn Umi Nadzrah Mohd Hadri

Kesihatan : Pn Suzana Othman

3K : En Mohd sabri Haniff

Data Murid/BMM : Pn Siti Noorhayati said

Anti Dadah : En Mohd Bukhori Zainal Abidin

Anti Jenayah : En Mohd Bukhori Zainal Abidin

Jawatankuasa Ko-Kurikulum 2012

Pengerusi : Pn Halimatun Saadiah Said

Naib Pengerusi : En Mior Darul Ridzuan Kamarun Zaman

Setiausaha Ko-Kurikulum : Pn Nurzaini Osman
Bendahari : Pn Sunarti Salim

Setiausaha Sukan : En Mohd Effendy Abdullah

Penyelaras Sukan & Permainan : Pn Sukarti Tasrid

Penyelaras Unit Beruniform : Pn Maslinda Mat Isa

Penyelaras Kelab dan Persatuan : Pn Syahizat Mohd Hazani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan