07 di pasir salak - Google Blog Search |
TIUB BOCOR: TRAGEDI <b>PASIR SALAK</b> Posted: 10 Feb 2012 03:55 PM PST SEGALA-GALANYA sudah tersurat. Tidak ada apa-apa yang boleh mengubah suratan takdir ini. Namun, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Begitulah permulaan persengketaan di dalam keluarga diraja Perak selepas Sultan Perak ke-24, Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah mangkat di Sayong pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini mengakibatkan jenazah Almarhum Sultan tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masalah itu, Raja Bendahara Ismail ditabalkan sebagai Sultan. Akibat pertabalan itulah, perselisihan faham berlaku dan berlarutan di antara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Memburukkan lagi keadaan apabila pergaduhan besar berlaku di antara dua kongsi gelap pelombong Cina iaitu puak Ghee Hin dan Hai San di sekitar Kelian Pauh dan Kelian Baharu. Akibatnya, peperangan puak berlaku sepanjang tahun 1861 hingga 1862 dan 1871 hingga 1874. Pihak Inggeris yang tidak mahu kepentingan ekonominya terjejas terutama bijih timah telah menggunakan isu tersebut untuk mencampuri urusan negeri Perak. Dengan penuh bijaksana, pihak Inggeris berjaya 'memerangkap' Raja Abdullah dan beberapa Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Turut dijemput dalam rundingan itu adalah wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Muslihat Inggeris gagal dihidu pihak istana sehingga termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Sejak itu, bermulalah perjuangan orang-orang Melayu Perak menentang Inggeris sehingga Residen Pertama Inggeris di Perak, J.W.W. Birch dibunuh pada 2 November 1875. Walaupun peristiwa itu telah berlaku kira-kira 137 tahun yang lalu, namun kesannya masih boleh dilihat di Pasir Salak. (sumber: UM,11/02/12) |
You are subscribed to email updates from di pasir salak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan