Sabtu, 24 Mac 2012

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Lelaki mati dilibas parang | Info Gallery

Posted: 18 Mar 2012 08:11 PM PDT


MANJUNG - Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Ayer Tawar- Pantai Remis berhampiran Changkat Keruing, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku pada jam 10.15 malam apabila mangsa yang menuju ke Ayer Tawar telah dihimpit sebuah kereta.

Menurutnya, mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah setelah menghadiri kenduri berhenti untuk bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Mangsa yang dikenali sebagai K Mohan,32 telah dilibas dengan parang di bahagian belakang kepala oleh pemandu kereta jenis Ford Renger apabila mangsa berkenaan bertanyakan motif keretanya dihimpit.

"Bersama mangsa ialah isteri dan anak yang berumur dua tahun serta seorang lagi rakannya selamat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik Kesihatan Changkat Keruing dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk bedah siasat.

"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita tidak menolak dakwaan bahawa mangsa mengenali orang yang menyerangnya kerana ketika kejadian dua penyerang berkenaan memakai penutup muka.

"Selepas melibas mangsa dengan parang kedua-dua penyerang terus melarikan diri.

"Daripada siasatan kami, kereta digunakan penyerang menggunakan nombor kereta palsu dan kereta berkenaan adalah kereta curi," katanya.

Katanya, orang awam yang mengetahui berkenaan kejadian itu boleh menghubungi beliau di talian 019-4483377 bagi membantu siasatan.

"Kita ambil keterangan isteri dan jakan mangsa tentang kejadian itu.

"Orang awam juga dialukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.

kredit : Sinarharian.com.my

Info Gallery - Senang-senang saja bunuh orang,macam tiada penyesalan langsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan