Jumaat, 13 April 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


ALHUSSEYN: Perhimpunan Anti Lynas <b>Di Ipoh</b>

Posted: 13 Apr 2012 02:52 AM PDT

Saudara Muhaimin sedang membuat kenyataan
kepada beberapa pemberita

Perhimpunan Anti-Lynas yang diadakan di Ipoh berhadapan dengan kilang Rare-Earth di Bukit Merah Menglembu sebentar tadi kurang mendapat sambutan orang ramai. Ini mungkin kerana ramai yang tidak tahu kerana sebaran mengenainya tidak meluas.

Masing-masing dengan isyarat 'katakan tidak' kepada Lynas!

Walau bagaimana pun, perhimpunan tersebut mendapat reaksi yang menggalakan daripada penduduk tempatan yang sedia maklum dan mengalami sendiri kesan buruk kilang rare earth yang pernah beroperasi di situ. Kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon masing-masing tanda sokongan.

Sempat sembang dengan MSK yang sedang mahu meneruskan
tugasnya ke Kampar bersama dengan Naomi Samson
Kejadian banjir luar biasa yang sedang menimpa beberapa kawasan di Kampar menyebabkan ramai aktivis kita yang masih berada disana kerana membantu penduduk-penduk yang malang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan