Khamis, 26 April 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kubala selamatkan Seladang <b>di Ipoh</b>

Posted: 17 Apr 2012 06:11 PM PDT

Michal Kubala 02Pemain import, Michal Kubala menyelamatkan skuad Seladang daripada mendapat malu apabila jaringannya membolehkan Perak mencatat keputusan seri 2-2 dengan Sabah di Ipoh malam semalam.

Sepakan bebas yang dilakukan oleh Kubala telah melencung ke penjuru kiri pintu gol Sabah dan gagal ditepis oleh penjaga gol, Syed Azney Syed Hussin pada minit ke-93 membolehkan Perak berkongsi mata dengan skuad Di Bawah Bayu itu.

Sebelum itu, Sabah berjaya mendahului Perak 2-1 melalui dua jaringan Zainizam Marjan pada minit ke-45 dan 60.

Perak mendapat gol pertama melalui sepakan bebas yang disempurnakan oleh Kubala pada minit ke-33.

Namun begitu, Sabah menyamakan kedudukan hasil kesilapan penjaga gol Md Nasril Nourdin yang menendang bola terus kepada penyerang berpengalaman, Zainizam pada minit ke-45.

Zainizam menggunakan peluang keemasan itu dengan menolak masuk bola ke penjuru kanan Nasril dan sekaligus memperdayakan bekas penjaga gol kebangsaan tersebut.

Pemain import dari Cameroon, Albert Dominique Ebossé Bodjongo yang pertama kali diturunkan mempamerkan persembahan yang sederhana.

Bodjonggo turut berpeluang menjaringkan gol tetapi cubaannya tersasar dan perlu memperbaiki kelemahan tersebut segera.

Namun begitu, pemain-pemain Perak yang lain perlu melorongkan bola kepada Bodjongo bagi membolehkannya menjaringkan gol.

Pasukan pelawat kembali ke depan apabila pertahanan Perak, K.Nanthakumar gagal menanduk bola yang ditendang oleh pemain tengah Sabah, K. Thanaraj.

Zainizam yang berada bersama-sama Nanthakumar terus menerkam dan menolak masuk gol kedua Sabah ke dalam jaring pada minit ke-60.

Jurulatih, Norizan Bakar telah menggunakan Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Kubala dan Shahrulnizam Mustafa bagi menggerakkan serangan.

Walau bagaimanapun strategi Norizan kurang menyerlah kerana Bodjongo gagal mempamerkan persembahan yang mantap.

Para pemain telah menekan Sabah pada sepuluh minit terakhir dan berjaya mendapat gol penyamaan melalui Kubala pada minit ke-93.

Artikel asal di PerakNews.
Foto oleh Yusrie Zulkifli (Perak F.A.).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan