Khamis, 26 April 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Mangsa Banjir <b>Di Kampar</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 01:05 AM PDT

13/04/2012 16:05:00

Jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan di Kampar meningkat kepada 1,166 orang berbanding 1,145 mangsa, semalam.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir, 862 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar manakala selebihnya di Dewan Pulau Bergading.

Antara kampung yang dilanda banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat Rabu lalu menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung terbabit.

Beberapa kawasan masih ditenggelami air ekoran hujan lebat malam tadi.

Sementara itu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Sungai Segar yang menempatkan 39 mangsa banjir di Ijok, Selama, ditutup pagi tadi.

Kesemua mangsa telah dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan