Dengan pertambahan jumlah penduduk, surau tersebut telah dirobohkan dan digantikan dengan Masjid. Rekabentuk Masjid ini dikatakan diambil dari daerah Banjar Masin Indonesia. Masjid ini mempunyai rekabentuk yang amat menarik dan telah dibaik pulih oleh pihak Muzium. Masjid ini juga tidak lagi digunakan dan telah dijadikan warisan negara oleh pihak Muzium. Masjid yang baru telah dibina pada tahun 1966 diberi namaMasjid Al-Athar dan terletak di sebelah Masjid Tinggi ini. Terdapat juga sebuah Maahad Tahfiz Al- Akhlak Al- Islamiah Masjid Tinggi dibina berdekatan dengan masjid ini
Bagan Serai merupakan pusat lembaga pendidikan swasta untuk mempelajari agama Islam. Diantaranya yang terkenal ialah Maa'had Madiwa, Jalan Banjar, Masjid Tinggi; Sekolah Agama Al-Ridwaniah, Telok Medan dan Maa'had Al Ehya Al Shariff di Gunung Semanggol.
Majoriti penduduk di Bagan Serai ialah sebagai petani iaitu sebanyak 54 peratus daripada jumlah penduduk terlibat dalam kegiatan ini. Kebanyakannya mengusahakan tanaman padi dan tidak hairanlah Daerah Kerian diberi gelaran Jelapang Padi Negeri Perak. Selain bertani, ada juga di kalangan penduduk yang bekerja sebagai nelayan. Ada juga penduduk yang bekerja sebagai kakitangan awam iaitu sebanyak 10 peratus manakala pekerja swasta pula sebanyak 25 peratus.
Terdapat pusat bandar utama yang dikenali sebagai Pusat Bandar Bagan Serai. Kemudahan terminal bas dan teksi juga disediakan sebagai kemudahan asas masyarakat. Pusat komersial utama yang terdapat di sini adalah Plaza Arisun. Sekarang namanya telah ditukar kepada Hiway setelah ditukar pengurusnya. Kini, semuanya tinggal kenangan. Hanya bangunan sahaja kerana Hiway juga sudah ditutup. Kegiatan perniagaan turut dikenal pasti sebagai salah satu punca pendapatan penduduk. Tujuh peratus daripada jumlah penduduk di Bagan Serai menjadi pengusaha atau peniaga. Pelbagai kegiatan dijalankan seperti berniaga di pasar-pasar, mengusahakan projek makanan ringan, menjual bantal kekabu dan sebagainya. Taraf hidup bagi penduduk di Bagan Serai boleh dikatakan di tahap sederhana namun mereka tetap menjalani kehidupan dengan aman.
Pelbagai kemudahan hidup disediakan oleh pihak pentadbir buat penduduk Bagan Serai ini. Antaranya gelanggang badminton, sebuah gymanium, masjid, surau, pusat kesihatan, stesyan bas dan teksi, stesyen kereta api serta pengawalan keselamatan oleh pihak polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan