Rabu, 23 Mei 2012

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


'Leher saya dan isteri diacu parang' ~ Pahlawan30

Posted: 21 May 2012 11:27 PM PDT

1 Rejab 1433H,


IPOH - "Mereka mengacu parang ke leher sejurus mengejutkan saya dan isteri yang sedang nyenyak tidur di bilik tidur utama rumah pagi tadi (semalam)," kata Choong Yoong Ming, 57, menceritakan detik cemas rumahnya di Taman Impiana Adril, Menglembu dimasuki sekumpulan tiga perompak bertopeng dan bertopi keledar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, ketiga-tiga perompak terbabit memasuki rumah mangsa melalui tingkap belakang rumah sebelum dua daripada mereka bertindak masuk ke bilik tidur utama dan bilik anak mangsa.

Menurutnya, kumpulan berkenaan bertindak memotong jeriji tingkap dapur dan menggunakannya sebagai tangga untuk masuk.

Dua daripada perompak itu memasuki bilik anak sulung dan bongsu Yoong Ming terlebih dahulu sebelum masuk ke biliknya.

 "Saya dan isteri yang pada ketika itu sedang tidur terkejut apabila mereka memasuki bilik dan mengugut agar kami menyerahkan wang tunai.

"Saya beritahu tidak mempunyai wang tunai yang banyak kerana gaji bulanan belum diterima.

"Selepas itu, mereka bertindak agresif mengacukan parang ke leher saya dan isteri sambil menggeledah almari mencari barang berharga," kata mekanik yang baru menetap di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu.

Berikutan rompakan itu, Yoong Ming kerugian RM6,000 selepas beberapa barangan termasuk wang tunai berjaya dilarikan perompak tersebut.

"Antara barang yang diambil ialah dua komputer riba, tiga telefon bimbit, satu telefon pintar, tabung berisi wang tunai lebih RM1,500, dompet, pasport dan kad pengenalan isteri serta anak saya," katanya.

Bagaimanapun, dia lega kerana kumpulan perompak itu tidak mencederakan mereka sekeluarga dan segera ke Balai Polis Bukit Merah untuk membuat laporan berhubung kejadian rompakan itu.

Sementara itu, Adun Menglembu, Lim Pek Har, ketika ditemui berkata, pihaknya sudah meminta bantuan polis melakukan rondaan dengan lebih kerap di sekitar kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara sama berulang.-SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan