Selasa, 15 Mei 2012

07 di pasir salak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di pasir salak - Google Blog Search


GearTinggi.com » KGG: FSU ke <b>Pasir Salak</b>!

Posted: 08 May 2010 05:00 PM PDT

IMG_4168

Salam Gear Tinggi dan Majalah Kereta,

Sekali lagi bersua, saya Mohd Hairi Azli Bin Saad @ mharryz selaku admin di www.ForumSagaUtara.com ( FSU ) ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti di FSU, tanggal 1 dan 2 mei 2010 satu perjumpaan terbesar telah dibuat di Pasir Salak Resort, Perak yg mana telah berjaya mengumpulkan hampir 200 penyertaan dan melibatkan hampir 150 buah kenderaan proton Saga dan Iswara generasi pertama. Harap laporan serba ringkas ini mendapat tempat di Majalah Gear Tinggi dan Majalah KERETA untuk dimuatkan dalam ruangan komuniti kelab kereta, antara kelab2 kereta yg terlibat dalam program tahunan ini adalah:

IMG_3929

  • Sepsis-IK ( Sekawan Proton Saga dan Iswara Indera Kayangan )-Perlis
  • KPSK ( Kelab Pemilik Saga dan Iswara Kedah )-Alor Setar/Kedah
  • K-sagaFiore ( Kelab Pemilik Saga Kulim )-Kulim/Kedah
  • SFC ( Saga Fan Club ) – Utara
  • ProSIC ( Proton Saga Iswara Comunity ) – Bandar Perda / Penang
  • SCM ( Saga Club Malaysia ) – Utara
  • TFOC ( Trankrian Fiore Owner Club ) – Krian
  • FKC ( Fiore King Club ) – Taiping/Perak
  • LFCO ( Lumut Fiore Club Owner ) – Lumut/Perak
  • 4GMC ( Four G Motor Club ) – Manjung / Perak
  • Emperor club -Perak
  • Genesis ( Generasi Saga Iswara ) – Ipoh/Perak
  • Prism ( Proton Iswara Saga Moto Club ) – Perak

IMG_4174

Perancangan yang rapi dan khidmat cekap pihak Polis Diraja Malaysia telah melancarkan perjalanan konvoi kami, program ini dianjurkan oleh pihak Fiore King Club ( FKC ) dan susun atur program oleh Lumut Fiore Owner Club (LFCO) serta dibantu oleh Four G Motor Club ( 4GMC ) .

Perjalanan konvoi bermula di Hentian RnR Gunog Semanggol @ Bukit Merah , di mana semua kelab2 dari utara berkumpul seawal jam 12 tengah malam 30 hb. Keesokkan pagi jam 8.30pg konvoi mula bergerak menuju Exit Tol Changkat Jering dan di iringi oleh pihak Polis dan seterusnya menuju ke Pasir Salak Resort. Antara aktiviti yang diadakan adalah majlis suai kenai antara kelab2 dan ahli masing2, serta sukaneka yang dikira dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli2 kelab yang terlibat. Pada sebelah malamnya aktiviti makan malam dan penyampaian hadiah dilakukan untuk para pemenang sukaneka….berkesempatan itu juga majlis ulang tahun yg pertama Forum Saga Utara Juga disambut pada pada malam tersebut…

IMG_4003

Pada ke esokkan harinya peserta konvoi telah dijemput untuk menjadi penonton di Track Sukan Motor di Kg Gajah, aktiviti yang padan dengan program sebegini sedikit sebanyak dapat membawa para peserta mendekatkan diri dengan sukan permotoran yang lebih sihat serta dilihat dapat diteruskan dari masa kesemasa,,,,

Program Himpunan sebegini bukan menguatkan semangat setia kawan tetapi dapat dijadikan sebagai contoh pada kelab2 lain untuk terus maju dihadapan.

IMG_4068

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai aktiviti di FSU anda boleh melayari laman Web FSU di www.ForumSagaUtara.com atau menghubungi admin di Email mharryz@yahoo.com

Terima kasih dan berjumpa lagi di lain program..

-mharryz da' Loceng-

Matpon: Dah setel keje gua, jangan lupa no akaun gua ok.

Popularity: 18% [?]

Related posts:

  1. KGG: Forum Saga Utara
  2. Renjis-Renjis Dipilis! [2]
  3. Amid: Perang Toyota!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved