Ahad, 20 Mei 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Gambar lautan manusia <b>di</b> Ceramah Fathul Bari <b>Seri Manjung</b>..

Posted: 05 May 2012 07:42 AM PDT

Sebelum ni aku ada tulis artikel mengenai ceramah Fathul Bari  di umno-lumut-anjur-ceramah-ulama-muda.

Aku tak pasti apakah kerana apa yang aku tulis atau memang penduduk dah sekitar Manjung dah tahu siapa Fathul Bari ...

Sehingga inilah terjadi.... .

klik pada gambar...

sumber gambar terkini facebook.com/photo...

Mahasiswa hina polis, NGO <b>Seri Manjung</b> buat laporan polis <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2012 03:56 PM PDT

Selepas didakwa terlibat dengan perbuatan membuat kecoh dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lalu, institusi polis turut dihina kononnya bertindak kasar hingga mendatangkan banyak kecederaan kepada peserta dalam perhimpunan itu.

Tindakan biadab Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Mohd Ismath yang mengemaskini status "saya setuju jika semua polis dibunuh" dan "lawan tetap lawan" melalui laman Facebook miliknya semalam dikecam hebat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Seri Manjung hari ini.

Sehubungan itu, lebih 50 ahli mewakili beberapa NGO termasuk Ketua Kampung, Wanita, Puteri serta Pemuda UMNO dan Belia 4B Parlimen Lumut nekad melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sri Manjung, kira-kira jam 6 petang.

Lima jam lalu, mahasiswa Jurusan Undang-Undang UiTM, Shah Alam itu telah mengemaskini status Facebook miliknya "saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat.jadi setiap kali demi, tidak ada rundingan dengan polis lagi.lawan tetap lawan" .

Beliau kononnya telah menjadi mangsa kekejaman UMNO apabila didakwa cedera dibelasah pihak polis ketika menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Laporan polis diketuai oleh Pengerusi Ketua Kampung Sri Manjung, Mohd Kassim Mohd Said.

Menurut mereka, kenyataan mahasiswa berunsur menghina polis yang mengawal keselamatan di perhimpunan Bersih 3.0 dua hari lalu dianggap sebagai tindakan yang biadab dan mempertikai tanggungjawab polis dalam menjaga keamanan negara ini.

" Kami desak kerajaan agar mengambil tindakan ke atas tindakan biadab pengkhianat negara ini..kami tidak rela maruah negara terus dihina sebegini rupa, " katanya kepada pemberita.

Laporan polis yang sama turut dibuat bagi membantah perhimpunan haram Bersih 3.0 dan kenyataan Nizar yang memfitnah perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya membuat pertemuan dengan pegawai tertinggi angkatan tentera negara berhubung keputusan Pilihanraya Umum (PRU-13).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan