07 di tanjung malim - Google Blog Search |
Karamah dan Istiqamah <b>di Tanjung Malim</b>. « Aku dan Gayong Posted: 20 Jun 2012 12:26 AM PDT Salamun alaik, AlhamduliLLAH minggu lepas saya sempat membawa ayahanda ke Institut Jantung Negara. Setelah selesai mendapat rawatan di sana dan mendapat tarikh untuk diadakan pembedahan, saya, ayahanda dan juga sahabat saya Wafi dan Cg Rizal bersama-sama makan di Cafe IJN. Cg Rizal mengajak saya dan ayah untuk berziarah kerumah Cg Noor Azman UPSI, diatas jemputannya untuk bertemu dengan saya. Saya setuju dan setelah selesai makan kami bergerak ke Tanjung Malim. Walaupun agak penat namun kerana ingin menunaikan hajat Cg Noor Azman maka kami gagahi juga, untuk bertemu dengan saudara SeISLAM dan seGayong. AlhamduLILLAH kami selamat sampai dan di sambut dengan mesra. Pada Petang itu juga sahabat-sahabat saya REYOKIWARA bertandang dan bertamu di rumah Cg Azman untuk bersama-sama berbincang hal-hal semasa persilatan. Banyak yang kami sembang dan bualkan dan apa yang saya ingin kongsikan dalam perbincangan kami semua ialah hakikat BERAMAL. Kesedaran beramal LILLAH sangatlah penting, kerana amal mengejar fadhilat atau amal kerana inginkan ilmu-ilmu hikmah pasti akan menemui kebuntuan hidup ataupun kerugian. Ramai dikalangan kita ( tidak semua) beramal untuk kuat misalnya,atau untuk dikasihi ramai atau apa-apa jua amalan. Namun yang menjadi masalah ialah sikap tidak peduli atau ambil berat tentang 'niat',akhirnya semasa umur tua membawa bencana. Sekadar mengingati diri sendiri, saya mendoakan agar dijauhkan dari amalan yang menjurus kepada terbukanya pintu-pintu memudahkan tusukan iblis dan kuncu-kuncunya dalam diri kita semua,juga membuka laluan jin dan syaitan memasuki dan merasuki kita sebagai khalifah di bumi ALLAH ini. Pesannya Guru ialah
Abu Ali Al-Jauzaja'i pernah berpesan:
Cukup dulu sampai di sini leteran si Jahil ini. InsyaALLAH, semoga dengannya dapat kita sama-sama perbaiki yang rosak, meneliti yang dilekakan, memerhati yang terlepas pandang, Semoga kita berhati-hati dalam perjalanan bagi meraih Rahmat dan Redha ALLAH atas segala amal jua perbuatan untuk kebaikan dunia juga akhirat. … BarakaLLAHu lakum wa fiikum wa 'alaikum… ___________________________________________________________ © KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu. "Aku Dan Gayong" www.khalifahgayong.wordpress.com 0.000000 0.000000 |
You are subscribed to email updates from di tanjung malim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan