Sabtu, 21 Julai 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Kegiatan berahi China Doll berleluasa <b>di Ipoh</b>.. - UtaraNews - The <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 10:03 PM PDT

IPOH - Aksi ghairah dan berahi 'China Doll' yang dipercayai menjalankan kegiatan maksiat pada setiap malam, menyebabkan penduduk Kondominium Hill City, di sini, merasa seolah-olah mereka tinggal di pusat pelacuran.

Pengerusi Perbadanan Kondominium Hill City, R Jaindran mendakwa kegiatan itu bermula sejak 2005 dan menjadi semakin tidak terkawal sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih 300 penduduk merasa tidak selesa terutama sekitar jam 12 tengah malam hingga 4 pagi.

Beliau memaklumkan, kondominium itu kerap diserbu polis dan Jabatan Imigresen namun kegiatanberkenaan masih gagal disekat,dan setiap malam pasti ada pelanggan keluar masuk ke dalam kondominium yang dipercayai disewa untuk kegiatan tidak bermoral itu.

"Mereka langsung tidak malu atau takut kerana bilangan terlalu ramai selain dipercayai dilindungi sindiket serta kongsi gelap. Ada antara mereka membawa balik pelanggan ke rumah selain membuat kacau serta mabuk di halaman rumah.

"Kadangkala, penduduk melihat 'China Doll' dalam keadaan separuh bogel terutama di kawasan kolam renang dan kawasan berhampiran kondominium," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Tambahnya, pengawal keselamatan juga berdepan pel-bagai masalah dengan karenah 'China Doll' yang ingkar dengan peraturan yang ditetapkan dan beliau difahamkan, terdapat 26 unit kondominium disewa 'China Dol', manakala dua lagi dipercayai disewa oleh tauke dadah.

Seorang penghuni, Shirley Cheah, 40, kesal dengan kejadianyang memberi imej buruk kepada kondominium itu dan mengakui kehadiran wanita cantik dari China itu kurang disenangi ramai penduduk.

"Saya sudah tinggal selama 20 tahun di sini dan boleh saya katakan, situasi ini sangat membimbangkan terutama kepada penghuni yang mempunyai keluarga dan anak kecil. Ramai lelaki keluar masuk tanpa mengira waktu," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana membabitkan kondominium itu sendiri, kawasan kediaman mewah lain dan kawasan sekitar bandar raya.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku di kondominium itu memberi imej negatif kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi kehadiran wanita cantik dari China yang diketahui umum bekerja sebagai pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di beberapa kawasan sekitar Ipoh.

"Saya berharap pihak terbabit memandang serius mengenai perkara ini dan berharap tindakan segera dapat diambil," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis yang dihubungi memaklumkan sentiasa membuat pemantauan berkaitan dakwaan, malah siasatan akan dilakukan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sektor Hartanah <b>Di Ipoh</b> Tidak Ketinggalan: Ds Zambry – Perak Today

Posted: 20 Jul 2012 10:39 PM PDT

Kerajaan Perak akan memastikan pembangunan sektor hartanah di bandar raya Ipoh dapat diseimbangkan dengan harga bersesuaian yang mengikut pasaran dan kemampuan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberitahu bahawa apa yang kerajaan laksanakan adalah untuk memastikan supaya sektor hartanah terus meningkat dan masih dapat mengekalkan harga berdasarkan kemampuan rakyat.

"Sektor hartanah di Ipoh tidak ketinggalan sebenarnya malah harga hartanah di bandar raya ini semakin meningkat.

"Walaupun hasrat kerajaan untuk terus mengembangkan sektor hartanah, namun  kita akan pastikan harga itu tidak terus keterlaluan kerana salah satu faktor rangsangan dan faktor permintaan bergantung kepada aspek harga suasana.

"Atas sebab itu kita kena mengimbangkan antara permintaan dengan harga kerana bagi kita apa yang paling penting adalah harga yang berpatutan dan juga bilangan rumah ataupun hartanah yang dapat diwujudkan," katanya.

Dalam pada itu, sebagai bukti pembangunan pesat dalam sektor terbabit menurut Zambry, permintaan hartanah kawasan utara Perak dilihat semakin berkembang berdasarkan permohonan tanah di sekitar Parit Buntar penuh.

Katanya lagi, iklim permintaan terhadap sektor hartanah di kawasan sempadan Perak terutama Kerian, Parit Buntar dan Bagan Serai semakin tinggi.

"Saya ingin maklumkan bahawa pemohonan tanah di Parit Buntar sudah tidak ada maksudnya tanah milik kerajaan negeri sendiri sudah tiada berikutan permintaan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan ini begitu tinggi sekali.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan wujudnya permintaan di atas setiap pengeluaran dalam industri hartanah dalam usaha untuk mengelak dari berlakunya ketirisan," katanya ketika hadir di Majlis Penyempurnaan Pembinaan Struktut Bangunan The Haven pagi tadi.

Pembinaan Kondominium Mewah, The Haven dibina di Ipoh dengan berkonsepkan hotel bertaraf lima bintang.

Terletak di seberang Tasik Rockhaven, tersergam tiga blok bangunan kondominium The Haven Lakeside Residence yang menjadi saksi keindahan alam semula jadi.

Suasana damai memang dapat dirasakan sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kawasan kediaman elit setinggi 26 tingkat ini.

Tiga blok yang dibina pula seakan-akan mengepung tasik bekas lombong dengan sebuah tugu batu kapur setinggi 56 meter berusia 280 juta tahun di pinggir tasik.

Projek yang dimajukan oleh Superboom Project Sdn. Bhd itu menelan belanja RM270 juta itu bakal siap pada tahun 2013 ini menawarkan 497 unit kediaman eksklusif yang dilimpahi dengan gaya hidup mewah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan