Sabtu, 21 Julai 2012

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Perompak Tersangkut Disiling <b>di Kuala Kangsar</b>

Posted: 17 Jun 2012 04:29 PM PDT


Seorang daripada empat perompak yang menyebabkan kematian ahli perniagaan, Zulkifli Shamsuddin, 62, diberkas polis selepas didapati tersangkut pada bahagian siling rumah mangsa.

Suspek yang berusia 47 tahun gagal melarikan diri bersama tiga rakannya sebelum diberkas anggota polis yang tiba di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad berkata, siasatan mendapati empat lelaki memecah masuk rumah mangsa jam 4 pagi semalam sebelum mengikat pasangan berkenaan.

Menurutnya, mangsa memanjat bumbung dan memecah masuk melalui siling sebelum mengikat pasangan suami isteri itu. "Isteri Zulkifli, Radiah Kamarudin, 62, bagaimanapun berjaya membuka ikatan dan meminta bantuan penduduk berhampiran.

"Apabila polis sampai ke rumah itu, tiga penjenayah sudah melarikan diri manakala seorang lagi suspek diberkas di atas siling rumah mangsa," katanya.

Ghaffar berkata, Zulkifli ditemui terbaring di lantai dan didapati sudah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya terikat selain ada kesan cedera di bawah dagu.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat sebelum disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

"Kumpulan penjenayah melarikan barang kemas bernilai RM20,000 milik pasangan itu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan