07 di kampar - Google Blog Search |
House PK: BANJIR TERBURUK <b>DI KAMPAR</b> MENDAPAT <b>...</b> Posted: 12 Apr 2012 07:00 PM PDT "Ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan ini dan saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menyelamatkan ibu bapa serta abang yang lumpuh apabila paras air semakin naik," demikian kata Alias Mohamad, 49, ketika menceritakan cetik cemas menghadapi banjir yang menenggelamkan rumahnya sehingga ke paras bumbung. Katanya, khuatir dengan keselamatan kedua-dua orang tuanya, Mohamad Abdul Rauf, 80, dan Yun Megat Din, 76, beliau terpaksa akur untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar bersama abangnya, Nazri Mohamad, 55. Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Dipang yang terletak tidak jauh dari Sungai Kampar. "Kira-kira jam 5 pagi, paras air mula naik dan kami sekeluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini. Alias adalah salah seorang daripada hampir 1,200 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung. Tinjauan Peraktoday.com di tempat kejadian mendapati, kebanyakan rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kampar ditenggelami air sehingga ke paras bumbung. |
You are subscribed to email updates from di kampar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan