Isnin, 2 Julai 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Pilihan Anda: &#39;Apa yang Salahuddin dah buat <b>di</b> Kubang <b>Kerian</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2012 11:31 AM PDT

|

PASIR GUDANG - Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mendakwa kepulangan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk bertanding di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana tidak diterima kepimpinan Pas di Kelantan.

Menurutnya, perkara sama turut berlaku ke atas Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang dakwanya kini sedang mencari kerusi sesuai untuk ditanding pada PRU13.

"Saya ingin tanya pada dia (Salahuddin) yang mahu datang ke Johor, apa dia sudah buat di Kubang Kerian? Maju sangat ke Kubang Kerian sehingga mahu datang dan menjaga Johor?

"Kalau di Kubang Kerian dia tidak boleh jaga, macam mana orang Johor boleh nak serahkan pentadbiran Johor kepada dia.

"Salahuddin ke Johor bukan sebab dia dihantar balik ke negeri ini. Dia ditendang oleh Pas Kelantan. Begitu juga dengan Nasharudin yang sedang mencari kerusi di Terengganu sedangkan dia Ahli Parlimen Bachok," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tebrau di Hotel Selesa, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua Pemuda Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan turut menyifatkan segelintir pihak yang menyertai parti pembangkang terdiri daripada individu yang tidak berjaya dan cemerlang dalam sistem kehidupan.

Katanya, perkara itu turut berlaku di kalangan ahli Umno sendiri yang gagal mendapat tempat dalam perebutan sesuatu jawatan sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan.

"Artis yang berjaya masih bersama Barisan Nasional (BN). Artis yang gagal bersaing seterusnya tidak mampu lagi bersama-sama bersaing dalam sistem hiburan masuk pembangkang," katanya.

Related Posts : POLITIK, TERKINI


Share/Bookmark
Posted by Desperado on 1:22 PM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan