Isnin, 2 Julai 2012

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


Lembah <b>Lenggong</b> letak Perak <b>di</b> peta pelancongan bertaraf dunia <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 01:20 AM PDT

Pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal meletakkan negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya di peta pelancongan bertaraf dunia.

Berita gembira yang dimaklumkan UNESCO pada Jumaat lalu sudah pastinya dinanti-nantikan oleh kira-kira 2.8 juta rakyat Perak dan rakyat Malaysia keseluruhannya selepas Lembah Lenggong menjalani tempoh proses penilaian yang agak panjang sebelum diiktiraf  sebagai Tapak Warisan Dunia.

Lembah Lenggong merupakan tempat di mana penemuan awal rangka di Semenanjung iaitu 'Perak Man' yang berusia 11,000 tahun, dijumpai pada tahun 1991, sekaligus menjadi tapak arkeologi yang penting membuktikan penempatan manusia dari zaman Paleolitik.

Sudah pastinya juga pengiktirafan ini cukup bermakna buat kerajaan negeri Perak kerana 2012 adalah Tahun Melawat Perak yang mensasarkan kehadiran lima juta pelancong.

Sebelum Lembah Lenggong, bandar Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada Julai 2008 bagi katogeri bandar raya warisan dunia.

Tapak Warisan Dunia merupakan kawasan tertentu seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar yang telah dinamakan dan diiktiraf oleh Program Warisan Dunia UNESCO yang dikendalikan Jawatankuasa Warisan Dunia.

Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO. Program ini ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada 21 buah negara.

Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan di sebuah kawasan bekas ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, menyimpan segala khazanah penemuan.

Ia ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000.

Lokasi pembangunan muzium ini dibina berdasarkan kepada signifikan tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun lalu.

Ia juga merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak muzium kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang dipetik akhbar berbahasa Inggeris, mahu rangka Perak Man yang kini dipamerkan di Muzium Negara dibawa pulang semula ke Perak.

Melalui cara itu, industri pelancongan tempatan yakni di Daerah Lenggong akan berkembang pesat, katanya lagi.

"Adalah lebih bermakna jika rangka Perak Man dapat dipamerkan di tempat asal ia ditemui," katanya lagi yang melihat pengiktirafan UNESCO itu dapat melonjakkan ekonomi Perak dalam sektor pelancongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan