Jumaat, 6 Julai 2012

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


<b>Manjung</b> daerah pertama <b>di</b> luar Ipoh jadi lokasi kayuhan DS <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2012 01:27 AM PDT

Manjung menjadi daerah pertama siri kayuhan sambil bekerja di luar daerah Kinta yang kini menjadi medium terbaru Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mendekati dan menyelami permasalahan rakyat Perak.

Bermula di bandar Lumut dan berakhir di Pengkalan Baharu dengan jarak sejauh kira-kira 30 km, Zambry mengakui laluan itu cukup mencabar kemampuan dirinya dan peserta yang lain.

"Ini merupakan kayuhan pertama di luar Ipoh dan saya cukup gembira melihat pelbagai lapisan masyarakat menyambut kehadiran rombongan kami.

"Selain itu, pelbagai masalah telah dibangkitkan rakyat membabitkan isu jalan, rumput dan juga pasar Pantai Remis.

"Saya juga dimaklumkan ada masyarakat Cina di kawasan ini mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri tetapi sehingga hari ini tiada maklum balas diberi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Usahawan TEKUN di Marina Island Resort, dekat Lumut, hari ini.

Zambry berkata, melalui pendekatan itu, rakyat dapat bertemu dan meluahkan masalah mereka secara santai dan tanpa sebarang protokol.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk berjumpa rakyat dalam suasana santai dan tanpa sebarang protokol.

"Selain itu, saya juga sedang memikirkan cadangan siri kayuhan ke daerah yang lain pula kerana ia merupakan kayuhan sambil bekerja untuk mendekati dan menyelami permasalahan rakyat Perak.

"Jika menaiki kereta, sudah pasti saya tidak dapat menghidu pelbagai bau kurang menyenangkan yang berpunca daripada projek ternakan haiwan di sepanjang laluan kayuhan hari ini," katanya lagi.

Pendekatan kayuhan Menteri Besar itu semakin diterima rakyat Perak dan pihak pembangkang iaitu PAS Tambun juga turut meniru usaha itu dengan menganjurkan aktiviti kayuhan basikal pada setiap bulan.

Sebelum ini, Zambry dilaporkan berkata, penghijrahan cara pemikiran parti PAS itu ternyata menunjukkan kaedah yang digunakan Barisan Nasional (BN) adalah antara yang terbaik dalam usaha untuk menyelami masalah selain mampu menjalinkan hubungan ukhwah bersama rakyat.

"Apa yang menariknya, mereka sudah tahu saya menggunakan aktiviti berbasikal dan sekarang saya mendapati minggu lepas Pemuda PAS Tambun pun membuat 'fun ride' juga.

"Baguslah mereka ikut kita…saya mula sedar mereka meniru apabila melakukan kayuhan ke kawasan Manjoi dan ketika itu mereka pun sedang menganjurkan aktiviti yang sama…baguslah macam tu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan