Rabu, 12 September 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


YONG SUKA KUNING: N3 HUJUNG MINGGU: KEMBARA SERAM <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 03:41 AM PDT

Yong tak menulis dua hari sudah sebab balik ke kampung tempat tinggal abang. Kampung ini mangsa"digital divide." Jangan sebut iPAD 1Malaysia atau ape benda yang UMNO jual dengan harga mahal tu...Benda tu tak guna kat kampung ni, sebab broadband dah jadi beruk band. Setelah bermalam di kampung, jumpa ibu dan adik beradik, Yong pun start kereta.
Biasanya perjalanan dari kampung abang ke rumah Yong mengambil masa 2 jam. Sebahagian perjalanan sampai ke Tanjung Malim ikut jalan bandar. Selebihnya ikut Lebuhraya Utara Selatan 
Yong memandu melalui pekan Bidor (kekadang dieja Bidur). Orang Perak panggil bandar itu pekan. Bidor adalah salah sebuah pekan di Perak yang tak maju-maju sejak dulu. Kena tanya BN kenapa tak maju. Pekan-pekan yang tak maju bermula dari Slim River, Sungkai, Tapah, Langkap, Kampar sampai ke Batu Gajah. Di antara pekan-pekan ini ada pekan mati - yakni barisan bangunan kedai tanpa penghuni.
Menjadi kebiasaan bila memandu Yong pasang CD mengaji Quran. Dipendikkan cerita, selepas melintasi pekan Bidor, Yong tiba-tiba mengantuk. Yong minum air isotonik. Tapi tetap mengantuk.
Apa pasai ni? Jam pukul 3.30 petang, bukan 3.30 pagi. Yong kuatkan CD. Surah Al-Mulk.
Oleh kerana Yong memandu seorang diri, Yong perlu mencari tempat yang ada orang sebelum memberhentikan kereta. Ini demi keselamatan diri. Lebih kurang 100 meter di hadapan, dekat beberapa pepohon, Yong nampak sebuah gerai buah-buahan. Jelas kelihatan dua buah kereta di tepi jalan dan beberapa orang lelaki dan perempuan macam pelanggan. Ingat hati nak berhenti di situ.

Pandangan Yong sedikit tergangggu kerana tiba-tiba sebuah kereta memotong laju dari kanan. Tetapi apabila Yong lihat semula ke arah gerai buah-buahan... pelanggan, kereta-kereta dan gerai buah-buahan telah ghaib.
Ghaib? Mana boleh ghaib. Mana mungkin Yong dah terlajak dalam "split second." Untuk memastikannya Yong beranikan hati berhenti di tepi jalan. Sah tidak ada apa-apa di situ.
Apakah benda Yong nampak tadi? 
Andaian pertama: Yong halusinasi. Ini tak mungkin. Yong bukan hisab syabu atau telah makan apa-apa ubatan selain tempeh yang kakak ipar masak tengah hari tadi. 
Andaian kedua: Adakah Yong telah tertidur semasa memandu dan bermimpi nampak gerai buah-buahan dalam sesaat terlelap? Andaian kedua amat menakutkan. Bolehkah terjadi begini?
Andaian ketiga: Yong masuk ke dimensi twilight zone dan keluar semula. Uncle seekers dah duduk dalam tahanan. Tapi peminat dia mungkin boleh tolong jelaskan.
Yong teruskan perjalanan beberapa kilometer ke hadapan dengan membuka tingkap supaya oksigen dapat masuk. Teknik ini dapat mengurangkan mengantuk. Mulut baca selawat. Tidak ada gerai buah-buahan sepanjang jalan. Yong berhenti di tepi jalan bila sampai di hadapan beberapa kedai dekat pekan Sungkai.
Dalam kereta ada ayor jampi. Ya. Komer tak silap baca. Ayor jampi Yong bawa dalam kereta. Ayor jampi ni seorang pakcik bagi sebab Yong terhinggap penyakit tidak dapat sembuh dengan ubat doktor, walaupun doktor itu ada PhD sekalipun. Sedikit ayor jampi Yong tuang ke dalam mata. Selebihnya di sapu kemuka. Mata terase pedih sekejap. Tapi rase mengantuk hilang. Lepas tu Yong memandu dengan selesa tanpa berperang dengan rase mengantuk. Yong masuk ke Lebuhraya Utara Selatan - Guthrie melalui susur Behrang.
Bukan kita percaya pada kuasa ayor jampi. Yong percaya pada kuasa Allah. Ayor jampi sama dengan ubat doktor cuma ikhtiar jer. Alhamdulillah, Yong selamat sampai ke rumah disambut dengan gembira oleh kucing-kucing, ikan koi dan terapin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan