Rabu, 12 September 2012

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


Bas melekat belakang treler <b>di Slim River</b> | ArauBlogger Dot Com

Posted: 30 Aug 2012 09:26 PM PDT

Daftar sini terus dapat RM 5 lepas tu ,invite rakan dapat lagi RM5 seorang ! Jangan tunggu lagi daftar sekarang ..... !!
Klik sini Support Fan Page Blin.gd !!

"Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk."

Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.

Agaknya pemandu mengantuk tu kot .

Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.

Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.

"Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.

"Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong," katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.

Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.

Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak "Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.

"Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.

Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler. -metro


Klik sini Support Fan Page Blin.gd !!

Pemandu bas ekspres maut, empat parah dalam kemalangan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 09:20 PM PDT

IPOH, 30 Ogos – Seorang pemandu bas maut manakala 12 yang lain cedera termasuk empat parah apabila bas express yang mereka naiki merempuh treler di Km 362.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, malam tadi.

Hussein Jaafar, 29, berasal dari Baling, Kedah yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Mereka yang parah ialah pemandu kedua MOhd Fazli Khamis, 40, berasal dari Taman Sri Pinang, Tikam Batu, Kedah; Che Yusoff Che Ani, 39, berasal dari Alor Setar, Kedah; Mohamad Hafizul Zuljabli, 24, dari Kampung Seberang Alor, Alor Setar, Kedah; dan Khuhan a/l Dharmaraj, 21, dari Taman Aman, Anak Bukit Alor Setar, Kedah.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Slim River, kata Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nayan.

 
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 10.45 malam tadi, bas yang dalam perjalanan dari Klang ke Butterworth itu dikatakan merempuh belakang treler membawa muatan besi konkrit menyebabkan bahagian hadapan bas remuk.

Beliau berkata sembilan penumpang yang tidak cedera meneruskan perjalanan dengan bas gantian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan